Monday 31 October 2011

SEJARAH SOLAT LIMA WAKTU

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh... ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Lihat seterusnya..

Sunday 23 October 2011

5 CARA MEMBERSIHKAN HATI

1)   Perbanyakkan zikir kepada Allah
“Perumpamaan orang yang berzikir (menyebut dan mengingat) Tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati.” (HR. Bukhari)

2)   Mengingat kematian
“Perbanyakkan mengingat sang penghancur kenikmatan, yakni kematian”. (HR Tirmidzi)

3)   Ziarah kubur
“Dulu aku pernah melarangmu ziarah ke kubur. Sekarang berziarahlah ke kubur, kerana ia akan melembutkan hati, menitiskan air mata, mengingat akhirat, dan membuatmu tak mengucapkan perkataan yang buruk”. (HR. Al-Hakim)

4)   Mengunjungi orang-orang yang shalih
“Perumpamaan teman duduk yang soleh itu seperti penjual minyak wangi. Jika ia tidak memberimu sebahagian dari minyak wanginya, maka kamu sudah mendapatkan bau wangi daripadanya”. (HR. Abu Dawud)

5)   Mengasihi orang miskin dan menyayangi anak yatim.
“Apakah kamu ingin hatimu menjadi lembut dan dapat memenuhi hajatmu? Sayangilah anak yatim, usaplah kepala mereka, dan berikan mereka sebahagian dari makananmu, niscaya hatimu menjadi lembut dan dapat memenuhi hajatmu.” (HR. Thabrani)

PETUA MENGUBAT HATI YG SEDIH

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

Amalkan tasbih, tahmid dan takbir
- Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

Berdoa 
- Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

Sibukan diri dengan sesuatu 
- Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya

Luahkan perasaan anda 
- Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya   (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya

Senyum 
- Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH



Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*

Ciri-ciri wanita solehah.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. "

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

TAZKIRAH BUAT MUSLIMAH

1. Jaga solat pada awal waktu

Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.


2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga


Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia dan akhirat.


3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat

Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah
"Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."


4. Mendidik anak secara Islam

Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.


5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.


6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah

Seorang isteri yang menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid atau Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlahbersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masukdalam hati kita dan mudah nak amalkan.
 

10 tanda hati mati menurut Syeikh Ibrahim Adham

1. Kamu mengaku kenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hak-hak-NYa.

2. Kamu mengaku cinta kepada Rasulullah SAW tetapi kamu mengabaikan sunnah Baginda.

3. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengan hukum-hukum didalamnya.

4. Kamu memakan nikmat-nikmat Allah SWT tetapi kamu tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Kamu mengaku syaitan itu musuh tetapi kamu mengikutinya.

6. Kamu mengaku adanya nikmat syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Kamu mengaku adanya seksa neraka tetapi kamu tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Kamu mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

9. Kamu menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi kamu lupa akan keaiban diri kamu sendiri.

10. Kamu menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudaramu seislam tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Wednesday 12 October 2011

PENJELASAN MENGENAI BID'AH

Pengertian Bid'ah

by Mbah Pesbuk's

Pemahaman bid'ah secara tegas diungkapkan oleh beberapa ulama kenamaan, pemahaman mereka tentulah berangkat dari penggalian dalil-dalil Al Qur'an maupun Hadits yang komprehensif.

Imam Syafi'i Rahimahullah dalam ucapan beliau tentang masalah ini terdapat dua riwayat;

Pertama, riwayat Abu Nu'aim:

"bid'ah itu ada dua macam, bid'ah terpuji dan bid'ah tercela. bid'ah yang sesuai dengan sunnah, maka itulah bid'ah yang terpuji. sedangkan yang menyalahi sunnah, maka dialah bid'ah yang tercela."

Kedua, riwayat al-Baihaqi dalam Manakib Imam Syafi'i:

"perkara-perkara baru itu ada dua macam; pertama, perkara baru yang menyalahi Al Qur'an, Hadits, Atsar atau Ijma, inilah bid'ah dholalah. kedua, adalah perkara baru yang mengandung kebaikan dan tidak bertantangan dengan salah satu dari yang disebutkan tadi, maka bid'ah yang seperti ini tidaklah tercela."

Al-Hadidi dalam Syarah Nahjul Balagah, beliau berkata;

"lafadz bid'ah dipakai untuk dua pengertian;
  1. sesuatu yang bertentangan dengan Al Qur'an dan Sunnah seperti puasa hari raya nahar dan pada hari tasyriq. perbuatan tersebutwalaupun berbentuk puasa tetapi terlarang dilakukan.
  2. sesuatu yang tidak ada keterangan nash padanya melainkan didiamkan oleh syara' lalu dilakukan oleh kaum muslimin sesudah wafatnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, dan apa yang diriwayatkan dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bahwa, "tiap-tiap bid'ah itu sesat, dan setiap yang sesat ada dalam neraka" adalah dimaksudkan untuk bid'ah sesuai pengertiannya yang pertama. sedangkan perkataan Umar RadhiAllahu 'Anhu "sesungguhnya shalat tarawih berjama'ah adalah bid'ah dan sebaik-baik bid'ah adalah dia" dimaksudkan untuk bid'ah berdasarkan pengertiannya yang kedua".

Al-Khatabi berkata dalam Ma'aalimus Sunan IV/301;

"sabda Nabi "setiap yang baru itu bid'ah" adalah khusus pada sebagian perkara dan tidak pada sebagian yang lain. bid'ah itu sendiri adalah segala sesuatu yang diada-adakan dengan tanpa sumber dari agama dan juga tanpa timbangan dan qiyas darinya. adapun sebagian perkara baru yang didasarkan kepada kaidah-kaidah ushul dan dapat dikembalikan kepadanya, maka tidaklah dia termasuk bid'ah (secaya syar'i) dan tidaklah pula sesat."

Ibnu Abdil Bar berkata;

"bid'ah itu menurut ucapan orang-orang arab adalah mengada-adakan dan mengawali sesuatu yang belum ada. maka perkara yang diada-adakan dalam agama yang menyalahi sunnah yang telah diamalkan, maka itulah bid'ah yang tidak ada kebaikan dan wajib mencelanya, mencegah pelaksanaannya, memerintahkan untuk menjauhinya dan mengusir pelakunya apabila telah nyata baginya kejelekan dari jalan yang ditempuhnya. sedangkan bid'ah yang tidak menyalahi sumber syari'at dan sunnah, maka itulah sebaik-baiknya bid'ah, sebagaimana yang dikatakan Umar RadhiAllahu 'Anhu karena asal dari yang beliau lakukan itu adalah sunnah."

Imam Nawawi Rahimahullah berkata dalam Syarah Muslim Jilid VI/154;

"hadits Nabi 'setiap bid'ah itu sesat' adalah hadits yang yang 'am makhshush (umum tapi dikhususkan). yang dimaksud sesat disitu adalah kebanyakan bid'ah. pera ahli bahasa berkata; bid'ah adalah segala sesuatu yang dikerjakan dengan tanpa ada contoh yang mendahuluinya. para ulama berkata; bid'ah itu ada lima macam, wajib, mandhub, haram, makruh dan mubah. termasuk bid'ah yang wajib adala menyusun dalil-dalil ulama mutakallimin untuk menolak mereka yang melakukan penyimpangan aqidah dan para pelaku bid'ah serta yang seumpamanya. termasuk bid'ah yang mandhub adalah menyusun kitab-kitab ilmu, membangun mandrasah dan tempat-tempat pengajian serta yang selainnya. termasuk bid'ah yang mubah adalah memperbanyak warna-warna, makanan dan yang lainnya. sedangkan bid'ah yang haram dan makruh sudah jelas. masalah ini telah aku jelaskan dengan dalil-dalilnya yang luas dalam kitab 'tahziibul asma' was-shifat'. apabila dimengerti apa yang telah aku sebutkan itu niscaya diketahuilah bahwa hadits Nabi itu termasuk hadits yang 'am makhshush dan begitu juga hadits-hadits yang serupa dengannya. apa yang kami katakan ini diperkuat oleh pernyataan Umar RadhiAllahu 'Anhu dalam hal slhalat tarawih, 'dia adalah sebaik-baik bid'ah'. dan keadaan hadits itu sebagai hadits yang 'am makhshush tidak lah tercegah oleh sabda Nabi 'kullu bid'atin' yang diperkuat dengan kata 'kullu' melainkan tetap dia itu dimasuki oleh takhshish walaupun bersama 'kullu' seperti halnya firman Allah, 'tudammiru kulla syai'in (angin taufan itu menghancurkan sedala sesuatu)', padahal ayat ini walaupun ada kullu yang menunjuk makna umum tapi tetap dimasuki oleh takhshish karena yang dihancurkan oleh angin taufan itu memang bukan segala sesuatu. terbukti langit, bumi dan gunung-gunung tidak ikut hancur."

Pendapat senada juga diungkapkan ulama-ulama berikut;
  • Al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Fathul Baari IV/318
  • Izzudin bin Abdus Salam dalam al-Qowaa'id
  • Ali al-Qoori' dalam Syahrul Misykaat
  • Ibnu Muluk dalam Mabaariqul Azhaar Syarah Masyaariqul Anwar
  • Jalaluddin as-Suyuti dalam Husnul Maqooshin fii 'Amalil Maulid dan al-Mashoobih fii Sholaatit Taroowih
  • Al-Qastholaani dalam Irsyaadus Saari Syarah Shahih Bukhari
  • Az-Zarqooni dalam Syarah al-Muwattho'
  • Al-Hafidz Abu Syamah dalam kitabnya Al-Baa'its 'ala Inkaaril Bida'wal-Hawaadits
  • Al-Halabi dalam Insanul 'Uyun fii Siirotin Nabiyyil Makmum
  • Al-Baaji dalam Al-Muntaqo Syarah Al-Muwattho'
  • Ibnul 'Arobi dalam 'Aaridhotul Ahwazi Syarah At-Turmuzi
  • As-Shon'ani dalam Sabulus Salam
  • As-Syaukani dalam Nailul Author.

Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Tuhfaturraghibin fi Bayan Haqiqat Al-Mu'minin wa ma Yufsidu min Riddatul Murtadin, Terbitan Kota Baru Pulau Laut Kalimantan Selatan, Cetakan 1408H, Halaman 77-80;

Bid'ah adalah mengada-adakan atau memperbaharui suatu pekerjaan yang tidak ada dalam agama Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, Islam. Sama halnya apakah pekerjaan itu berupa i'tiqad atau perbuatan, maka perkerjaan yang diada-adakan itu tidak akan memberi maslahat kepada agama, ada kalanya Haram, Makruh serta Mubah, dan ada kalanya memberi maslahat sehingga Wajib atau Sunnat hukumnya.

Oleh karena itu bid'ah terbagi kepada lima bagian sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Syeikh 'Izzudin Ibnu Abdis Salam, beliau berkata bahwa bid'ah itu terbagi kepada lima perkara yaitu:
  1. Bid'ah yang Wajib, seperti menafsirkan al-Qur'an, mensyarahkan Hadits, mengarang ilmu-ilmu alat, menguraikan Bahasa Arab; Ilmu-ilmu bahasa, Nahwu dan Sharf, Ilmu Bayan, Ilmu Ma'ani, Ilmu 'Arudl, Ilmu Fara'id, menulis Ilmu Fiqih, Ilmu Ushuluddin serta menulis kitab yang menerangkan Hadits Shahih, hasan dan Maudlu' atau Hadits Palsu.
  2. Bid'ah yang Sunnat, seperti membangun madrasah dan menguraikan secara jelas masalah-masalah tasawwuf yang Sunni.
  3. Bid'ah yang Mubah seperti berjabat tangan sesudah shalat subuh dan ashar, memakan makanan yang lezat, memakai pakaian yang bagus menempati rumah yang bagus atau mewah, dan melonggarkan lengan baju. Adapun mengenai berjabat tangan dikala bertemu bukanlah pekerjaan bid'ah karena warid dengan Hadits Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
  4. Bid'ah yang Makruh, seperti menghiasi masjid, menghiasi mushhaf al-Qur'an.
  5. Bid'ah yang Haram, seperti masalah Jabariyyah, Qadariyyah, Murji'ah, Mujassimah, Wujudiyyah, dan lain sebagainya dari i'tiqad dan perbuatan bid'ah.
Menurut Imam Syafi'i, segala pekerjaan yang menyalahi al-Qur'an, Hadits, serta perkataan Sahabat atau Ijma', maka termasuk bid'ah dhalalah.

Menurut Syeikh Abu Syakur Salami Qaddasallahu Sirrahu, dalam kitab Tahmid, bid'ah itu terbagi dalam lima perkara:
  1. Bid'ah mengenai Dzat Allah
  2. Bid'ah mengenai Sifat Allah
  3. Bid'ah mengenai Kalam Allah
  4. Bid'ah mengenai segala perbuatan hamba
  5. Bid'ah mengenai Sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Adapun bid'ah mengenai Dzat Allah, Af'al, Kalam Allah, serta Sifat-sifatNya yang tidak sepantasnya, sudah jelas hukumnya kafir tanpa ada ikhtilaf di kalangan para 'ulama dalam menetapkan kekafirannya.

Mengenai bid'ah dalam perbuatan hamba atau para Sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, apabila bersalahan dengan firman Allah yang jelas, Hadits yang ittifaq seluruh 'ulama mengenai keshahihannya, maka hukumnya tetap saja kafir tanpa ada ikhtilaf di kalangan para 'ulama. Sedang apabila bid'ah itu menyalahi Qiyas dan Hadits yang tidak ittifaq seluruh 'ulama mengenai keshahihannya, termasuk Hadits yang dita'wil, yang menjadikan syubhat, maka tidaklah menjadi kafir tetapi merupakan bid'ah sayyi'ah saja (termasuk perbuatan maksiat yang amat keji, yang wajib taubat atas perbuatan tersebut).

Saturday 8 October 2011

Hati Seorang Isteri



“Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya…” 
An-Nisa:1

Hanan tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa.
Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.
Hanan mengenali Muhammad sejak berada di kampus. Siapa tidak kenal lelaki itu? Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi. Ya… Muhammad memiliki peribadi yang boleh dibanggakan. Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis. Rambutnya lurus, kopiah di kepala. Mukanya bersih disinari cahaya. Bibirnya merah, sebagai tanda tidak merokok. Muhammad pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro… Tetapi, bukan itu alasannya. Bukan itu puncanya. Ilmu… Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya.
Rasulullah pernah bersabda, “Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu.”
“Umi… Abu ingat abi.”
“Abi sibuk. Nanti malam, abi pulang. Abu dah solat? Pergi solat dulu. Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu.”
Abu Bakar… Putera sulung Hanan bersama Muhammad. Sebagai tanda cinta berpanjangan. Abu Bakar As-Siddiq… Sahabat akrab Rasulullah. Itulah impian Hanan. Setelah sah menjadi suri Muhammad, Hanan bercita-cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan Rasulullah.
Hanan ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang berpegang teguh dengan syariat. Kini, setelah hampir sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri dipanggil Fatimah Az-Zahrah.
Fatimah… Begitu comel wajah itu. Masih Hanan ingat. Sewaktu Fatimah dilahirkan, Muhammad tiada di sisi. Si suami begitu sibuk dengan kerjayanya. Paginya menjadi penganalisis komputer. Malamnya menggegarkan pentas ceramah. Pendakwah bebas… Perginya ke mana-mana. Hanan bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya. Hanan terharu. Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana Muhammad tiada di sisi tika dia mahu melahirkan. Andai kata Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mati di sisi suami. Di pangkuan suami tercinta.
” Ayang nak letak nama apa?”
” Suka hati abang la. Asal abang suka, ayang tak bantah.”
” Sumayyah?”
” Abang suka?”
” Entahlah. Apa kata… Fatimah Az-Zahrah.”
Muhammad mengucup dahi isteri tercinta. Muhammad bahagia bersama Hanan. Muhammad bersyukur kerana Hanan kini menjadi miliknya. Dia tidak salah pilih. Hanan begitu memahami. Hanan tidak pernah merungut dengan segala kekurangan. Hanan sentiasa patuh, dan redha. Muhammad tahu, Hanan kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja setelah kelahiran Abu. Tetapi, sebagai isteri yang taat, Hanan akur. Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Hanan tetap menerima. Hanan mahu menjadi setaat Siti Muthiah. Itu Muhammad tahu.
Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain yang memasuki syurga mendahuluinya. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah? Dialah Siti Muthiah. Wanita agung mentaati suami. Dirinya untuk suami. Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.
” Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?” Tanya Fatimah tatkala melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang rotan di sampingnya.
” Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh suamiku yang penat bekerja. Air ini kuhidangkan buatnya. Kutahu, dia tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku, dan anak-anak.”
” Bagaimana pula dengan rotan?”
” Jika layananku tidak memuaskan hatinya. Aku rela dipukulnya.”
” Adakah dia sering memukulmu?”
” Tidak. Bahkan dia hanya memelukku di sisinya.”
” Kamu memang layak masuk syurga,” bisik hati Fatimah.
Hanan ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat, dan patuh kepada suami. Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami. Paling penting, melahirkan pejuang Islam masa depan. Takbir!! Hanan terkejut dari lamunan. Dia terkenang kisah lampau. Antara dia, dan Muhammad. Antara cita-cita, cinta, dan harapan. Konflik berlegar-legar. Cita-cita membantu ibu di desa. Meringankan beban ibu yang melahirkan. Membalas jasa bapa yang membesarkan. Hanan tahu perit ibu mengandungkan. Sakit ibu melahirkan. Penat ibu membesarkan.
Kakak,Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang, Amir, Bobo pergi melancong. Nak bawa kami naik kapal terbang. Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah. Kenapa tak boleh sekarang? Kakak tak ada duit ye? Kakak tak cukup duit? Salam sayang dari kami di kampung. Abang.
Abang,Bukan kakak lupa. Kakak ingat janji kakak. Tapi, apakan daya. Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung. Janji kakak, agak sukar dikotakan. Sayang selalu. Kakak.
Konflik terus bermain di kepala. Antara ketaatan, dan cita-cita. Antara harapan, dan cinta. Hati Hanan menjerit. Dia ingin mengotakan janjinya. Ingin meringankan beban ibunya. Hanan merancang sebegitu lama. Hanan fikir, jika Muhammad membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat menepati kata-katanya. Membantu keluarganya. Mengapalah Muhammad tidak pernah mahu mengerti?
” Ayang… Minggu depan abang kena bagi ceramah kat Kedah. Mungkin dalam dua hari.”
” Pergilah bang. Orang dah jemput.”
” Macam mana anak-anak?”
” Abu… Macam biasalah. Sikit-sikit, abinya. Fatimah pula, tiada masalah.”
” Ayang… Penganjur tidak dapat sponsor ceramah abang. Minggu ni, kita jimat sikit ye. Duit ibu dah hantar?”
” Emmm….”
Abang, bukan harta yang dipinta. Bukan emas yang dirayu. Hanan ingin selalu di sampingmu.Hanan serba salah. Bukan dia tidak tahu dengan kerja suaminya. Sebelah pagi, Muhammad bergegas ke pejabat. malamnya, jika ada jemputan, Muhammad perlu berceramah. Kereta Wira itu sahajalah yang membawanya ke mana-mana. Kadang-kadang, Muhammad tidur beralaskan kusyen. Kadang-kadang Muhammad tidak tidur langsung. Hanan kasihan melihat suaminya. Meskipun Muhammad tidak pernah meluahkannya, Hanan tetap mahu melihat keselesaan suaminya. Ah!! Iblis begitu kuat menghasut. Sedangkan Nabi junjungan hidup sederhana. Sedangkan sahabat terdahulu lebih hebat dugaannya. Persetankan segala hasutan syaitan laknatullah. Dia perlu sentiasa redha, dan bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan.
Allah pernah berfirman, “Ketika Tuhan memberitahu: Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat yang ada padamu. Tetapi, jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras.” Ibrahim:7
Ya… Hanan perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Seperti biasa, Hanan menjalankan kewajiban seorang ibu, dan isteri sebaiknya. Mengasuh mengikut pesan suami. Tidak dimanjakan, dan tidak pula terlalu keras. Hanan begitu bahagia. Alangkah indahnya, jika kelak, dia dijemput Tuhan, tika perit melahirkan zuriat. Bukan sengaja mahu meninggalkan anak-anak tanpa ibu. Suami tanpa isteri. Tetapi, Hanan mahu mati sebagai syuhadah. Bak kata seorang teman, ” Hiduplah sebagai ulama’, matilah sebagai syuhadah.” Hanan mahu mati dengan redha suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya. Kadang-kadang Hanan cemburu. Cemburu memikirkan. Pastinya Muhammad akan menikah lagi. Anak-anaknya bakal punya umi baru. Akan ada orang lain di hati Muhammad. Memikirkan Ainur Mardhiah pun menggelisahkannya. Apatah lagi wanita di dunia.
” Kakak… Nenek sakit tenat. Baliklah. Ibu suruh kakak balik.”
” Abang Muhammad tiada. Pergi ceramah di Kedah. Macam mana kakak nak keluar rumah?”
” Kakak telefonlah dia. Nenek dah nazak. Kakak kena balik.”
” Nanti kakak telefon abang Muhammad.”
Telefon Muhammad? Mana mungkin Hanan mengganggu Muhammad waktu itu. Hatinya meronta untuk pulang. Tapi bagaimana? Hanan tahu, suaminya tidak akan marah.
Bukan benda kecil. Hidup mati manusia. Tapi, Hanan tidak mahu menghalang gerak kerja Muhammad. Jika dikhabarkan berita ini, pasti Muhammad gelisah. Hanan yakin, Muhammad pasti tidak dapat pulang malam ini. Hendak pulang sendiri? Hanan mana ada fulus? Kalau untuk dirinya saja, mungkin mencukupi. Tetapi, bagaimana dengan Abu, dan Fatimah? Tinggalkan di rumah? Tidak sama sekali. Apa-apa boleh berlaku. Budak-budak masih kecil. Tidak tahu apa-apa. Tidak mengerti apa-apa. Hendak beritahu ibu duit tidak mencukupi? Hanan tidak sanggup. Nanti, ibu pasti menjadi seperti inspektor polis yang giat menyoal-siasat banduan. Dari mana datangnya duit yang dikirimkan selama ini? Mana mungkin Hanan mampu mengirimkan wang jika duitnya tiada? Ibu tidak tahu. Dan ibu tidak perlu tahu. ibu juga tidak boleh ambil tahu. Hanan banyak berjimat. Ditahan keperluannya. Dipenuhi kehendak ibu bapanya. Sudahlah dia gagal menghantar mereka ke Mekah. Biarlah dia berkorban sedikit. Hanya sedikit…
” Kakak… Nenek dah meninggal.”
” Innalillahiwainnailahirajiun.”
Hanan senyum sendiri. Menangis dalam senyuman.
Nenek tua itu telah sampai ajalnya. Telah tiba waktunya. Rambutnya putih. Tiada yang hitam. Mukanya cengkung. Tangannya berkedut. Hanan sayang orang tua itu. Dialah yang mengasuhnya selama ini. Mendidiknya menjadi orang yang berguna. Ibu juga mendidik. Ayah juga mengajar. Tetapi, keringat ibu, dan ayah lebih diperlukan untuk mencari sesuap nasi. Akhirnya, nenek pergi jua. Meskipun Hanan tidak menanam cita-cita agar janda kematian suami itu mati di sisinya. Alangkah indahnya jika dia ada bersama tika neneknya sedang nazak menunggu roh keluar dari jasad.
” DaripadaNya kita datang. KepadaNya kita kan kembali.”
” Kak Hanan.”
” Ya saya. Siapa di sana?”
” Saya Nona, anak didik ustaz Muhammad.”
” Ooo… Ustaz tiada. Dia belum pulang. Nona nak pesan apa-apa?”
” Em… Akak… Saya harap akak tidak marah. Tapi, saya dah tak mampu,” talian sunyi sebentar.
“Akak… Saya mencintai ustaz Muhammad. Saya tidak mampu menipu diri saya sendiri. Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi yang kedua.”
” Ustaz tahu hal ni?” Hanan cuba menahan getar di hatinya.
” Mungkin tahu. Tapi, buat-buat tak tahu. Saya terseksa.” Diam lagi…
” Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak… Pinanglah dia untuk saya.”
Hampir terjatuh gelas putih itu. Hanan tidak sanggup. Dia tidak sanggup bermadu. Tidak rela dimadu. Apatah lagi berkongsi suami. Hanan tidak sekuat Saidatina Aisyah. Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah. Bermadu tak semanis yang disangka. Mungkin lebih pahit daripada hempadu. Hanan tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu. Malahan dua… Tiga… Empat… Hanan yakin Muhammad mampu mengemudi dua buah bahtera. Tapi…
Hanan tidak cukup kuat untuk itu. Sudah banyak dia berkorban. Perlukah dia berkorban lagi? Dia berkorban kerana ketaatan. Kerana patuh terhadap suami. Perlukah dia terus memendam rasa lagi? Menangis!! Hanan tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian. Saidina Ali pernah menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya. Mengapa? Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya. Ujian!! Sebagai tanda kasih Tuhan. Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun sebagai kafarah dosa yang dilakukan. Dua-dua sama. Sebagai tanda cinta Ilahi.
Allah pernah berfirman, “Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya,” Al-Baqarah:286.
Hanan juga tahu firman Tuhan, ” Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.” Tapi…
Macam mana dengan Nona? Nona mencintai suaminya. Mengapakah Muhammad yang dipilih? Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini? Adakah Muhammad turut mempunyai perasaan yang sama? Atau, adakah mereka sebenarnya saling mencintai? Oleh sebab tidak sanggup berterus-terang, Muhammad menyuruh Nona meminta kebenaran. Nanti… Abu, dan Fatimah akan punya dua umi. Tidak sanggup Hanan memikirkannya. Tidak sanggup dia melihat kemesraan Nona, dan Muhammad. Berkahwinlah tapi jangan berdampingan di hadapannya. Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu. Hanan yakin. Kala itu, dia pasti akan menangis. Kalau dulu, Hanan menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi. Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.
Hanan teringat pesan Tok Guru. Poligami tidak salah. Malah meringankan beban wanita yang terseksa. Asal kita hayati, fahami konsepnya. Beliau juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada. Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah. Kahwinlah satu lagi. Tafaddhal masykura. Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi. Pertama, darjatnya pasti diangkat Allah. Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan. Benar. Bila suami bersama isteri kedua, bolehlah isteri pertama melakukan ibadat sunat. Bolehlah dia qiam sepertiga malam. Hanan tahu semua itu. Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya. Mengadu, merintih kepadaNya. Tapi…Kan ketaatan itu juga satu ibadah?
“Kenapa lain macam saja ayang sekarang? Ada masalah ke?” Muhammad mula bersuara bila mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada isterinya. Senyum Hanan lain dari biasa.
“Tak adalah bang. Ayang letih saja,” kata Hanan menahan sebak di dada.
“Bukan sehari abang kenal ayang. Dah bertahun kita bersama. Kenapa ni? Ayang ada masalah? Atau baby ni merungsingkan ayang?” Sangkal Muhammad lantas mengusap perut isterinya yang mengandung tujuh bulan itu. Hanan… Abang mencintaimu. Muhammad memeluk Hanan, dan mendudukkan dia di sisinya.
“Ceritakanlah… Ayang bukan sahaja isteri abang. Tapi sahabat, dan teman bagi abang. Tiada rahsia antara kita.”
” Abang…” Hanan makin sebak.
Tiba-tiba…
” Umii… Tengok abang ni. Dia kacau Imah.”
” Alaa. Bukan Abu nak kacau. Abu nak main saja.”
” Abu main kasar, bukan nak main elok-elok. Cakap kat abi.”
Tak sanggup Hanan membuka suara. Mujur putera puterinya buat hal. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku. Pasti dia akan teresak-esak di pangkuan Muhammad. Nona! Mengapakah kamu hadir dalam hidupku? Kenapa Muhammad yang kau pilih? Kenapa dia yang kau cinta? Bagaimana jika Muhammad bersetuju? Tak sanggup Hanan menerima realiti itu. Satu mimpi ngeri buatnya. Jika Muhammad menolak, Hanan pasti menangis suka. Tapi, jika Muhammad menerima? Hanan menangis juga. Dia menangis kedukaan. Muhammad pasti memujuk tapi hatimya telah mati. Cerai? Ya. Perkara halal yang dibenci Allah. Hanan tidak pernah terfikir untuk minta cerai. Hanya Muhammad yang diharapkannya.
Sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Hanan melaksanakan tanggungjawab seorang isteri seperti lazimnya. Diasuh anak-anak sebaiknya. Dilayan suami seikhlasnya. Tidak pernah Hanan bermasam muka. Apatah lagi berwajah sugul. Hanan lupa. Dia tidak boleh menipu Muhammad. Suami itu menyedari perubahan Hanan. Ada benda yang cuba disembunyikannya. Senyum Hanan manis tapi tidak semanis dahulu. Segalanya berubah. Muhammad amat mencintai Hanan, dan dia tidak mahu perubahan ini. Apa dah jadi? Muhammad gelisah tak tentu. Kerjanya tanpa kosentrasi. Senyuman Hanan yang lain itu sudah cukup meresahkan Muhammad. Sedarkah Hanan? Lebih parah lagi bila Muhammad tidak dapat melakukan kerja dakwah seeloknya. Itulah kuasa wanita. Yang akhirnya menyungkurkan seorang lelaki. Bangkitlah Muhammad. Sesungguhnya…
“Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya…” At-Taubah : 24.
” Abang…” Hanan bersuara satu malam.
” Yang…”
” Baru-baru ni, pelajar abang telefon.”
” Ya.”
” Nona namanya,” Hanan cuba melihat reaksi Muhammad tapi tiada perubahan pada wajah itu.
” Ya.”
” Katanya…” Diam seketika.
” Katanya dia mencintai abang. Dia mahu mengahwini abang.”
” Jadi?” Begitu tenang lelaki ini.
” Kahwinilah dia,” lantas Hanan menangis teresak-esak. Dia tidak mahu menangis tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada. Disembamkan mukanya di riba suami. Habis basah pelikat itu. Hanan menangis, dan terus menangis. Tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya.
” Sebab inikah kamu berubah isteriku?” Bisik hati Muhammad. Diangkat muka Hanan. Ditenung mata yang berair itu. Hanan menundukkan muka lantas menyembamkan wajahnya di ribaan suami. Muhammad mengangkat kembali wajah itu. Ditenung lagi mata itu. Tenungan yang sememangnya tajam semakin tajam jadinya.
” Kalau ayang suruh abang kahwin, Kenapa menangis?” Diam…
” Ayang tak sanggup?” Diam lagi…
” Kalau tak sanggup, Kenapa suruh abang kahwin?” Lidah Hanan kelu.
” Ayang. Tiada orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya. Buat apa abang nak cari lain? Isteri abang hanya seorang. Nazihatul Hanan namanya. Terima kasih kerana bersama abang selama ini. Melahirkan keturunan abang.
Lagi seminggu Hanan akan melahirkan bayi yang ketiga. Kalau muzakkar, namanya Umar. Kalau muannas, pastinya Siti Muthiah. Muhammad tidak sabar menanti saat itu. Saat lahirnya marjan, sebagai tanda kasih berpanjangan. Hanan terlalu banyak berkorban. Begitu teguh di belakangnya. Tika dia turun berjuang. Kasihan Muhammad melihat Hanan. Lain pula dia kali ini. Benar-benar tidak bermaya. Mukanya pucat. Langkahnya longlai. Mujur senyuman itu menghilangkan kecatatan yang ada.
” Abang… Takut rasanya kali ini.”
” Kenapa? Kan abang ada.”
” Entah bang. Melahirkan ni umpama nyawa di hujung tanduk.”
” InsyaAllah, segalanya akan selamat.”
” Abang…”
” Ya.”
” Kalau ada apa-apa yang berlaku pada ayang…”
” Tak akan ada apa-apa yang berlaku.”
” Kalau-kalau…”
” Semua akan selamat,” pintas Muhammad.
” Kalau-kalaulah… Abang nikahilah Nona sebagai pengganti ayang.”
Inilah wanita. Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh. Prasangka tidak pernah luput. Muhammad mengerti. Prasangka itu tandanya sayang. Tapi, usahlah begitu. Benarlah kata seorang motivator. Wanita itu mudah tersentuh. Sensitif benar hatinya. Emosinya tidak dapat dibendung. Sentiasa mengikutinya. Menjadi pengawal peribadi yang setia. Hanan juga tidak terkecuali. Percayalah Hanan. Cinta abang untuk Hanan seorang.
“Encik Muhammad… Nampaknya pihak kami hanya punya satu jalan. Sama ada ingin menyelamatkan si bayi, atau si ibu.”
“Selamatkan keduanya,” Muhammad seolah memberi arahan.
Muhammad memegang erat isterinya. Muka Hanan pucat lesi. Diusapnya rambut hitam Hanan. Diciumnya pipi itu. Muhammad ingin menangis tetapi tidak sanggup membiarkan air matanya gugur ke bumi. Bukan kerana ego. Hanan sendiri tidak menangis. Masakan dia boleh menangis? Darah begitu banyak tetapi tangisan bayi masih belum kedengaran. Hanan sedaya upaya melawan sakitnya. Yang penting, anak Muhammad itu lahir ke dunia. Nyawanya nombor dua. Nafasnya kian sesak. Tiba-tiba… Kedengaran bayi mendendangkan lagunya. Makin lama, makin rancak bunyinya. Serentak dengan itu, Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir

TAKWIL SETIAP SURAH DI DALAM AL QUR'AN

Dalam Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu.

Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:

o Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.

o Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.

o Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.

o An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.

o Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.

o Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.

o Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.

o Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.

o At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.

o Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.

o Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.

o Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.

o Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.

o Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.

Tuesday 4 October 2011

DOA DARI AL QUR'AN

1) DOA MEMPEROLEH ISTERI DAN ANAK-ANAK YANG BERTAQWA :

... رَبَّنا هَب لَنا مِن أَزوٰجِنا وَذُرِّيّٰتِنا قُرَّةَ أَعيُنٍ وَاجعَلنا لِلمُتَّقينَ إِمامًا

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(SURAH AL-FURQAN AYAT 74)

2) DOA MENDAPAT ANAK YANG BERAKHLAK MULIA DAN MENGHORMATI IBU BAPA :

رَبِّ أَوزِعنى أَن أَشكُرَ نِعمَتَكَ الَّتى أَنعَمتَ عَلَىَّ وَعَلىٰ وٰلِدَىَّ وَأَن أَعمَلَ صٰلِحًا تَرضىٰهُ وَأَصلِح لى فى ذُرِّيَّتى ۖ إِنّى تُبتُ إِلَيكَ وَإِنّى مِنَ المُسلِمينَ

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
(SURAH AL-AHQAF AYAT 15)

3) DOA MENGEKALKAN KASIH-SAYANG SUAMI/ISTERI/ANAK YANG TERPISAH AGAR TERTAMBAT HATI ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN :

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنُوا اصبِروا وَصابِروا وَرابِطوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(SURAH ALI-'IMRAN AYAT 200)

4) DOA KASIH-SAYANG/PELEMBUT HATI SUAMI/ISTERI/ANAK-ANAK :

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
طه. ما أَنزَلنا عَلَيكَ القُرءانَ لِتَشقى. إِلّا تَذكِرَةً لِمَن يَخشىٰ
تَنزيلًا مِمَّن خَلَقَ الأَرضَ وَالسَّمٰوٰتِ العُلَى الرَّحمٰنُ عَلَى العَرشِ استَوىٰ

(1) Thaahaa
(2) Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
(3) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah.
(4) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
(5) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
(SURAH TAHA AYAT 1-5)

5) DOA MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH :

رَبَّنا ظَلَمنا أَنفُسَنا وَإِن لَم تَغفِر لَنا وَتَرحَمنا لَنَكونَنَّ مِنَ الخٰسِرينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
(SURAH AL-A'RAF AYAT 23)

6) DOA MEMOHON RAHMAT DAN PIMPINAN ALLAH :

رَبَّنا ءاتِنا مِن لَدُنكَ رَحمَةً وَهَيِّئ لَنا مِن أَمرِنا رَشَدًا

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".
(SURAH AL-KAHFI AYAT 10)

7) DOA MENDAPAT HIDAYAH BERKEKALAN DARIPADA ALLAH :

رَبَّنا لا تُزِغ قُلوبَنا بَعدَ إِذ هَدَيتَنا وَهَب لَنا مِن لَدُنكَ رَحمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الوَهّابُ

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya".
(SURAH ALI-'IMRAN AYAT 8)