Thursday 30 June 2011

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa.

Syaaban sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. ni bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud,
"Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan oleh Allah tubuhnya dari api neraka."
Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid."
 
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud, dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud, apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.

Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka.

Wednesday 29 June 2011

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

27 Rejab 1431 bersamaan 10 Julai 2010 merupakan ulang tahun tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. Israk dan Mikraj Rasulullah SAW adalah perjalanan luar biasa mengandungi pelbagai rahsia dan pngajaran untuk dihayati umat manusia sepanjang zaman. Di sini aku ingin kongsikan bersama sahabat sekalian tentang kronologi peristiwa tersebut untuk renungan dan pedoman kita bersama.

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Monday 27 June 2011

TAUBAT MENSUCIKAN HATI (BAHAGIAN 1)

Kita sebagai manusia biasa tidak akan sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan di dlm hidup yg mengundang kita melakukan dosa. Tidak kiralah sama ada ianya dilakukan secara sengaja, tanpa sedar, tanpa dirancang dan sebagainya. Justeru itulah, kita dituntut supaya bertaubat.

Taubat adalah merupakan cahaya yg menerangi jalan hidup seorang muslim dan menghidarkan diri dr sifat putus asa dalam hidup. Menurut syariat, taubat ertinya meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua kemaksiatan yg telah dilakukan. Seterusnya, berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.

Taubat harus disegerakan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana sesungguhnya kita tidak akan tahu bila saat kematian itu akan datang. Mereka yang menjanjikan dirinya untuk bertaubat setelah hari tua adalah termasuk dlm golongan orang yg sesat kerana mereka bertaubat hanya kerana terpaksa.

Allah akan menerima taubat orang yang berbuat dosa kerana kejahilannya. Sebaliknya, orang-orang yang bertaubat ketika ajalnya akan sampai padahal dia tahu akan kebenaran dan kejahatan telah menjadi kebiasaannya, maka ia termasuk orang-orang yang rugi. Firman Allah di dlm surah An Nisa'

{17} إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِنْ قَرِيبٍ فَأُولَئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا 
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.  

 {18} وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا 
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, (sedang taubatnya itu sudah terlambat) dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 

Thursday 23 June 2011

JANGAN BIARKAN HATI MENJADI HITAM LANTARAN DOSA

Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua 'perlanggaran'. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi. Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan.....
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.
Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)
Di dlm satu hadis Rasulullah ada menyebut: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hendaklah kamu memohon ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia akan menghantar kepada kamu hujan dengan lebat. Dan memperbanyakkan harta dan anak dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai”. (Surah Nuh : Ayat 10 – 12)
Hal itu pernah disuarakan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang hamba itu diharamkan rezeki untuknya disebabkan dosa yang dilakukannya”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim). 
 
 

Wednesday 1 June 2011

FADHILAT ZIKIR

1.Dzikir menjauhkan setan dan meghancurkan kekuatannya.

2.Dzikir mendatangkan keridhaan Allah.

3.Dzikir menjauhkan duka cita dari hati manusia.

4.Dzikir dapat mengembirakan hati.

5. Dzikir menguatkan badan dan meperindah sanubari.

6.Dzikir adalah cahaya hati dan wajah.

7.Dzikir adalah penarik rizki

8.Orang yang berdzikir akan dipakaikan kepadanya pakaian kegagahan dan kemegahan, sehingga orang yang yang melihatnya akan merasa gentar dan damai.

9. Dzikir melahirkan cinta sejati kepada Allah swt. karena cinta merupakan ruh Islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Ilahi, maka hendaklah ia berdzikir sebanyak2nya, sebagaimana belajar dan mengulangi ilmu merupan pintu ilmu, demikian pula Dzikirullah merupakan pintu cinta Ilahi.

10. Dzikir mendatangkan hakekat muraqabah dan muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan martabat ihsan seorang manusia dapat beribadah kepada Allah seolah2 ia melihat Allah inilah derajat terkhir para ahli sufi)