Wednesday, 28 December 2011
Monday, 26 December 2011
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S,A,W
Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.
...
Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.
Wednesday, 14 December 2011
SENTUHAN RINDU
Bila hati digamit rindu...
Dalam resah aku mencariMU
Namun sukar utkku mengejar bayangMU...
Rindu terasa kian mencengkam
Rindu yg tak mampu ku zahirkan
Rindu yg tak upaya ku leraikan
Rindu yg tersembunyi di lautan hati yg amat dalam.....
Thursday, 8 December 2011
RAHSIA SETIAP KEJADIAN
Rahsia cahaya di dalam cahaya.
Allah pencipta Alam dari tiada sesuatu walau pun habuk atau warna. Allah itu bisa mengujutkan segalanya dengan berkata " Jadi " maka jadilah sebagaimana yang dikehendakkinya. Namun kerana Allah itu bersifat tertib bagi hambanya yang berfikir lalu dijadikan Alam dan kehidupan ini mengikut peraturan Nya.
Dibaca Nya permulaan dengan Aaa lif bismillah hirohman nirohaim ( atas nama, sifat, perbuatan dan zat Nya Sendiri ) baru dimulakan Al quran kemudian Injul, selepas itu Taurat dan yang terkemudianya ialah Zabur. Inilah yang dikatakan satu ketetapan perngcangan Allah yang tidak boleh diubah mengikut pada hukum adatnya kerana Dia Allah itu yang lebih mengetahui atas segalanya kerana Dia lah Sipencipta bukan yang lain melainkan Dia jua.
Kejadian Nur Allah.
Lalu kalam kalamnya itu membentuk gelombang kemudian dihukumkan pada gelombang itu terhimpun menjadi satu maka terbentuklah himpunan hukum Nya itu menjadi seindah indah cahaya putih gemilang kilauan bak pelangi yang dipangil dengan nama Nur Allah. Ruang Alam menjadi terang benderang dengan lapisan cahaya.
Kejadian Nur Muhammad dan Roh ( simcard atau penghubung ).
Lalu dipisahkan Allah hati cahaya itu dari tubuhnya maka ujudlah satu lagi cahaya yang dipanggil Nur Muhammad yang gilang gemilang cahayanya berwarna hijau lalu menyuluh ruang dipersekitaranya dengan warna biru dan dipecahkan Nur Allah itu pula menjadi butir butir cahaya yang dipanggil Roh dan bagai sepertimana dari asal jadinya maka kenallah dia roh itu akan Tuhannya. Lalu diberi sifat bentuk dan wajah oleh Allah sebagai sifat kesempurnaannya yakni sesempurna kejadian yang dijadikan Allah.
Pengakuan Roh
Diperintahkan semua roh dialam aruah menghadap Allah s.w.t lalau ditanya oleh Allah kepada mereka, " Adakah lamu kenal akan Aku?"
Maka menjawab sekalian Roh kepada Allah, " Bahkan Kamulah Tuhan kami "
Lalu berkata Allah kepada sekelian Roh Roh itu, " Sesungguhnya kamulah sesempurna kejadian "
Kejadian Air.
Kemudian diperintahkan Allah roh roh itu kedalam tubuh Nur Muhammad maka hiduplah Nur Muhammad itu dengan sifat sifat perantaraan roh yang diberi pinjam oleh Allah itu lalu bersifatlah dan berwajahlah Nur Muhammad itu.
Beribu tahun dalam keasikkan memperlihatkan keindahan dirinya, maka timbul persoalan dari fikirnya dengan menundukkan wajahnya lalu bertanya Allah kepadanya " wahai Nur Muhammad, siapakah Tuhan mu ?" maka diangkat pandangannya. Dengan rasa terperanjat lalu dia terus sujut menangis dihadapan Allah hingga badannya dibasahi dengan peluh. Maka bersifat sujutlah air itu.
Kejadian Malaikat.
Air matanya yang gugur jatuh keatas roh roh menjadi jibril, dan yang jatuh keatas jibril menjadi bidadari, peluh peluh yang terbit dari ubun ubun kepala ketengkoknya besatu dengan roh roh menjadi israel, yang dimuka menjadi mikail, ditelinga menjadi nungkar dan nangkir, dibahu menjadi kiraman dan katibin, didada menjadi riduan, dibelakang menjadi malek, dibahagian pinggang kekaki menjadi rakib dan atib. Dan yang selebihnya menjadi para para malaikat yang tak terbilang banyak dan tak diberi tahu pun antara nama sebahagian dari mereka. Diperintah pada kesemua para malaikat dan bidadari masing masing dengan tugas dan pangkatnya lalu mereka bersedia akur dan taat sujud seperti sifat air.
Kejadian segala Benih serangga dan haiwan.
Dan kemudiannya keluar lendir melalui hidungnya dari dalam kepalanya yakni hingus menjadi jutaan butiran otak menjadi janin janin benih berbagai jenis hama, ulat, serangga dan haiwan merata yang lainnya yakni sekalian mahlukNya.
Kejadian Tanah.
Diperintah Allah kepada “ Nur Muhammad ”, “ bangunlah dari sujutmu “ maka dia pun duduk berselimpuh tunduk berhadap Allah s.w.t selama beratus tahun juga sambil teresak esak sehingga kering seluruh peluh yang dibadannya menjadi daki dan gugur menjadi tanah.
Kejadian segala benih tumbuhan.
Dan peluh yang terperangkap didalam daki yang masih lembab menjadi butir butiran berbagai jenis benih tumbuhan dari sekecil kecil kulat, sayuran, pokok buahan dan segala jenis pokok pokok.
Kejadian Angin dan kuman.
Setelah sekian ratusan tahun pula maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya bangun berdiri tunduk berhadap Nya, seperti rukuk. Maka keluarlah segala jenis angin dari seisi badan dan rongga perutnya lalu dimuntahkannya segala liur dari dalam badannya kering menjadi berbagai jenis butiran telur yang terisi berbagai jenis janin kuman.
Kejadian Api.
Akhirnya “ Nur Muhammad ” diperintah Allah s.w.t berdiri tegak umpama kiam sewaktu menunaikan solat, maka keluarlah lendir cahaya merah terbit dari sekujur tubuhnya, bercahaya tetapi sinar cahayanya hanya cukup meneranggi sifat dirinya sahaja mengalir keluar seperti sifat larva gunung berapi dari tiap liang rongga pada setiap lubang deria dan kemaluannya hadapan dan belakangnya. Terhimpun segala keluar habis dari tubuh badannya maka menyalah api yang amat panas merah kehitaman yang ghairah membakar.
Sifat Api.
Haba dari api yang panas itu menyebabkan segala angin yang ada disekeliling mula sedikit demi sedikit menjadi berbolak balik melangar segala yang ada disitu, kemudian melangar sesama sendiri menjadi ribut. Diwaktu yang sama tanah menjadi pasir yang kering, yang ringan berterbangan dan yang berat akibat terhipit menjadi batu batuan, air jadi mendidih hingga sebahagiannya ada yang menjadi wap. Akibat dari itu ribut telah menjadi taufan, keadaan yang sunyi sepi pada permulaannya tadi sudah menjadi riuh rendah. Segala galanya berlangaran sesama sendiri menakibatkan lahirnya kilat dan petir sambung menyambung. Air, tanah, angin dan api bagai dikisar menjadi berbagai gas. Sebahagiannya melangar tubuh “ Nur Muhammad ” dan lahirlah besi. Segalanya diperhatikan oleh “ Nur Muhammad ” yang tegak terpaku dalam kiamnya itu tanpa sedikit pun mudarat pada dirinya.
Kejadian Neraka
Lalu diprintah akan Allah s.w.t keatas “ Nur Muhammad ” supaya mencelupkan tangannya kedalam lahar api tadi dan mencabut keluar hati api itu dengan tangan kirinya, kemudiannya disuruh melontarkannya sejauh jauhnya. Hati api itu pun melayang dicampak hingga terhenti pada satu titik maka “ kun ” yakni jadi kata Allah, terbentanglah hati api itu dan ditengahnya berlobang yang amat luas tujuh pintu didalamnya dan tujuh tingkat lagi dalam setiap satunya, menjadi Neraka Jahanam. Lantas Allah s.w.t. memerintah malaikat bernama Malik dan diamanahkan dibawah jagaannya untuk mengawasi neraka itu.
Kejadian Nafsu, tubuh azazil, syaitan, jembalang dan jin.
Maka dengan sekelib mata segalanya menjadi reda dan aman, kilat petir berhenti memanah, awan hitam yang terjadi akhibat huru hara tadi runtuh menjadi hujan, menyejukkan keadaan dan meratakan segala lalu cuaca bertukar menjadi nyaman. Air yang turun menghempap meninggalkan sisa api. Api yang hampir tidak berwarna menjadi napsu. Api berwarna merah kebiruan menjadi tubuh pada azzazil, merah jingga menjadi tubuh syaitan, jingga kekuningan menjadi tubuh pada jembalang dan api kekuningan menjadi tubuh pada jin. Sungguhpun begitu api itu tidak padam dengan kehendak Allah s.w.t.
Kejadian Syurga.
Maka diperintah akan Allah s.w.t keatas sebahagian malaikat mengasingkan dan mengeritkan mutu setiap bahan bahan yang terjadi akhibat dari bencana tadi kepada tujuh kelas yang terbaik lalu diperintah akan Allah s.w.t kepada “ Nur Muhammad ” supaya mengambilnya satu persatu dengan tangan kanannya dan melontarkannya jauh disebelah kanannya maka terletaklah masing masing kesatu titik pada tempatnya masing masing, ada antaranya bertindih antara satu dengan yang lain, maka “ kun “ kata Allah, maka jadilah ia tujuh kelas tingkatan Syurga yang mempunyai tujuh pintu masuknya dan kemudian dicipta akan Allah s.w.t satu lagi pintu untuk hamba hambaNya yang teristimewa. Lantas Allah s.w.t. memerintah malaikat bernama Riduan dan diamanahkan dibawah jagaannya untuk mengawasi syurga syurga itu dan ditempatkan bidadari bidadari didalamnya sebagai penyerinya dan sebagai hamba pelayan pada pemiliknya kemudian hari.
Kejadian Alam Nyata ini.
Lalu dihimpunkan Allah s.w.t keseluruhan baki tanah selebihnya yang mengandungi sisa sisa unsur yang telah tercipta sepanjang kejadian yang terbentang luas lagi itu terkecuali yang dipijak dibawah telapak kaki “ Nur Muhammad ” dengan perintahNya membungkus api yang masih tinggal pergi jauh turun arah bawah melalui bawah telapak kaki “ Nur Muhammad ” melalui tujuh tingkat dalamnya dan setiap tingkat laluan itu menjadi pintu, yaknl pintu langit. Setiap tingkat dan pintu langit itu ditinggalkan para malaikat yang ditugaskan mengawal. Setelah menempuh tujuh pintu langit lalu diperintahkan berhenti dititik fana ini diringgi para malaikat yang telah diperintahkan. Maka yang tinggal baki dibawah telapak kaki “ Nur Muhammad ” digelar “ Sirotumuntahar ” dan baki yang tertinggal jauh diatas kepalanya dipanggil “ Luh mahfus ”.
Kejadian Akal.
Setelah melalui peristiwa panjang itu “ Nur Muhammad ” duduklah diatas “ Sirotumuntahar ” berkelambukan langit langit “ Luh mahfus ” bertiangkan “ Arash ” dia bersendirian bertawasul dan bermuhasabah dengan peristiwa peristiwa yang telah dilaluinya, berabat abat lamanya. Diilhamkan Allah s.w.t berbagai pertunjuk lalu dia berzikir memuji muji Allah s.w.t kemudiannya membaca surah surah dari Al Quran nur karim. Sehingga sampai pada satu waktu Allah s.w.t memerintahkan supaya beliau berhadap, lalu beliau berdiri tegak dan mengangkat tabir sambil berkata “ Allah hu akhbaro walhamdulillah ikasirrou wasubha nallah ibuk rotau waasila, wajahtu wajhiya lillazi fatorassama watiwal ard, hanifan musliman wama ana mianal musrikin, inna solati wanuhsuki wamah yaya wamamati lillahirobbil alamin, al syarikalahu wa biza likal umirtu wa ana minal muslimin ” lantas beliau mengucap “ Ashadu alla illa ha illallah ” lalu dijawab Allah s.w.t “ Muhammad da rasul Allah “.
Lalu berselawat sekelian Malaikat.
Itulah ikrar “ Nur Muhammad “ lalu pecahlah dia menjadi jutaan butiran cahaya cahaya jernih putih hijau kebiru biruan yang kecil yang dipanggil “ akal ”.
Pengakuan akal.
Allah s.w.t memerintah akal untuk menghadapNya, maka akal datang menghadap Allah s.w.t lalu ditanya oleh Allah s.w.t kepadanya “ Kenalkah engkau akan Aku ” lalu mereka menjawab “ Bahkan Kamulah Tuhan kami ”.
Berkata Allah s.w.t kepada akal itu “ Kamu aku jadikan sebaik baik kejadian dan beredarlah kamu.”
Kejadian alam fana matahari dan bumi ini.
Setelah baki tanah yang dicampakkan dialam fana ini sampai ditempatnya disini, tujuh tingkat langit jauhnya dari tempat asal ujudnya yang kini dikenali tapak “ Arash “, seketul himpunan tanah ini ditinggalkan tidak dalam keadaan terletak kerana tiada lantainya dan tidak pula didalam keadaan tergantung kerana tiada tali pengantungnya, maka lepaslah ia berlegar diserata perusuk ruang alam yang kosong ini dengan berpusing pusing, lalu dihidupkan oleh Allah s.w.t dengan roh roh yang telah perintahkan akan tugas tugasnya, melalui tiupan dari malaikat isrofilNya.
Seperti apa yang telah kita ketahui sebelumnya tedapat jutaan khazanah isi didalam segumpal tanah itu dan segalanya telah hidup, antara ditengahnya adalah api, maka dengan sifat sifat yang telah difitrahkan kepada api itu panas lagi membakar, ia telah memanaskan dan membakar segala yang ada disekelilingnya menyebabkan suhu didalam tanah itu meningkat dan gas yang ada didalam rongga rongga tanah mula meledak dan meretakkan tanah itu. Satu gumpalan tanah yang besar itu pun meletup kuat bersepai menjadi jutaan pecahan tanah dan api yang berteraburan dimuka alam ini menjadi cakerawala. Setiap satunya mempunyai roh walaupun ianya sebesar zarah atau gas.Tanah menjadi planet planet dan bulan, dan api menjadi bintang bintang yang bercahaya kerana ada roh didalamnya. Api yang terkuat menjadi matahari. Namun hanya satu planet yang paling cantik seakan biru dan hijau warnanya iaitu bumi.
Bagaimanalah hati nak engkar setelah temakan budi yang terlalu banyak dari Allah yang rohman dan rohim. Maka patutlah kita searahkan cinta hingga menutup menghilangkan kemahuan kita.
Patutkah kita memperbesar besarkan perkara yang kecil dan memperkecilkan perkara yang besar. Apakah perkara yang lebih besar dan lebih agong dari Allah jika benar kita seorang yang berakal.
Selautan ilmu tersembunyi dalam pegangan hati, nafi yakni laila ha illah dan isbat Muhammad darosullullah dan kedua kalimah ini tidak akan terpisah. Seandainya tertup kefahaman kesufian yakni hati, yang terang walau pun disuluh dengan Ilmu yang tinggi tidak akan kelihatan kebenaran, maka terpisalah nyawa dari roh dan kelamlah hidup dalam kesesatan.
Rintihilah jalan walau pun perlu mengesot diatas sirotulrohim didunia dan sirotulmustakiem diakhirat sebagai tanda bukti kasih kepada kekasih. Lautan api lagi sangup kita renangkan, kenapa lautan jihat dengan hati sendiri tak mampu kita tewaskan.
( Hakikat Insan )
Tidaklah tercapai pemahaman atau darjat Hakikat Insan kepada seorang muslim atau pun seorang muslimah sekiranya dia tidak faham dengan erti dan amalan Budi bicara dan bahasa terhadap Allah yakni Tuhannya yang maha agong.
Hakikatnya, apa yang Allah mahu dari setiap insan yang dilahirkan dimuka bumi ini hanya “ ingat kepada Nya ” yakni berbahasa atas budi yang telah dicurahkan Nya yakni seperti memberikan kita nikmat hayat untuk hidup, rezeki untuk menikmati hidup, rezeki untuk menikmati sihat tubuh badan, rezeki untuk menikmati berpanca indera, rezeki untuk menikmati berkeluarga dan sebagainya. Segala yang diberikan Nya adalah nikmat, nikmat, nikmat yang tak terkata dan berlimpah ruah banyaknya.
Maka berkata Allah pada sekelian para malaikat Nya,
“ Sujutlah kamu kepada Adam ”, lalu sujudlah para malaikatnya yang pandai mengenang budi Allah kecuali iblis dan sekutunya yang tidak pandai mengenang budi kerana memikirkan dirinya sudah cukup yakni lebih baik.
Terjemahan Al alaq ayat 7.
“Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya”.
Sedangkan pada hakikatnya Allah tidak pun menyuruh menyembah Adam dan tidak layak disembah yang lain selain Allah, tidak layak tempat meminta pertolongan kepada yang lain selain Allah hatta tidak layak sesuatu bertahta didalam hati melainkan Allah sewajibnya kerana segala gala nikmat yang kita kecapi ini adalah milik Allah dan dari Allah.
Misalnya kita berkehendakkan seorang teman didalam hidup, maka Allah temukan pasangan pasang lelaki dan perempuan. Sewajibnya kita beringat sesungguhnya pasangan kita itu bukanlah milik kita dan dia adalah hak milik Allah. Allah hanya memberi mereka itu sebagai pinjaman terhadap kita. Maka wajiblah sesaorang yang meminjam milik Allah itu tahu berbahasa menjaga hak milik Allah seperti mana yang Allah amanahkan. Dan tidaklah Allah menjadikan pasangan pasangan kamu itu untuk bertahta dihati kamu selain Allah, dan tidak juga Allah itu menjadikan pasangan pasangan kamu itu hamba kepada kamu atau kamu memperhambakan diri kamu kepada pasangan kamu selain dari kita semua adalah hamba kepada Allah semata mata.
Apabila kita berkehendakkan cahaya mata yakni anak anak sebagai penyeri hidup kita, maka Allah berikan kita anak anak. Sewajibnya kita beringat sesungguhnya anak anak kita itu bukanlah milik kita dan dia adalah milik Allah jua. Allah hanya memberi mereka itu sebagai pinjaman terhadap kita. Maka wajiblah sesaorang yang meminjam hak milik Allah itu tahu berbahasa menjaga hak milik Allah seperti mana yang Allah amanahkan. Dan tidaklah Allah menjadikan anak anak kamu itu untuk bertahta dihati kamu selain Allah, dan tidak juga Allah itu menjadikan anak anak kamu itu hamba kepada kamu atau kamu memperhambakan diri kamu kepada anak anak kamu selain dari kita semua adalah hamba kepada Allah semata mata.
Anak anak kamu itu adalah harta kamu dan harta kamu itu adalah hasil dari usaha kamu atas apa yang kamu kerjakan. Harta yang tidak diuruskan dengan baik dan bijak tidak akan mendatangkan apa apa keuntungan kecuali kerugian, begitu juga dengan anak anak yang tidak diuruskan dengan baik dan bijak tidak akan mendatangkan apa apa manafaat kecuali mudarat kepada kita kelak diakhirat. Maka dengan itu Allah meletakkan hukum dan bahagian harta harta kamu didalam wasiat yang dihakkan keatas kamu, tanggong jawab kamu oleh Allah adalah satu lagi amanah buat kamu. Dan tidaklah orang orang yang melangar peraturan Allah itu melainkan orang yang tidak mengenang jasa dan budi baik Allah setelah Allah menunaikan kehendak kehendaknya didalam hidupnya kerana telah ujud dan tersembunyi kebesaran yang lain didalam hatinya selain Allah.
Satu institiusi keluarga yang terdiri dari seorang yang dipanggil dengan gelaran ayah atau ibu atau anak anak dari yang sulung sampailah yang bongsu itu adalah pangkat yang diberikan Allah. Setiap gelaran dan pangkat dari yang sebesar besarnya hinggalah kesekecil kecilnya itu bukan juga milik kita, sesungguhnya gelaran dan pangkat itu juga milik Allah.
Jadi bagi mereka yang tahu nak berbahasa dengan Allah, maka tidaklah dia menyalah gunakan kuasa pada pangkatnya atau ego pada pangkatnya dan sewajibnya dia berasa bertangong jawab melaksanakan tugasnya sebagai hamba yang diberi Allah kepercayaan untuk menyandang pangkat itu, maka begitu jugalah dengan pangkat pangkat dalam setiap institiusi kepimpinan atau dalam institiusi perniagaan atau dalam institiusi perkerjaan atau dalam institiusi undang undang atau dalam institiusi pendidikkan apatah lagi didalam institiusi raja dan kerajaan.
Kita manusia memang mudah lupa pada budi atau berbuat buat lupa kepada budi Allah, sehinggakan Allah telah awal awal memberi peringatan.
Terjemahan Al alaq ayat 6 dan 7.
“Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya)”,
“Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya”.
Allah maha mengetahui bahawa kita tidak akan mampu membalas budi Nya dari apa yang telah diberikan Nya kepada kita. Sebagai tanda terima kasih kita terhadap Allah, sujudlah kita kepada suruhan Nya dan Allah mengigatkan kita supaya kenangkanlah pengorbanan orang orang yang mempertahankan hak Allah dan kenangkanlah budi pengorbanan orang orang yang melahir dan membesarkan kita yaitu ayah dan ibu kita, budi orang orang yang mencurahkan ilmu kepada kita yaitu guru guru kita yang tidak mampu kita tebus dengan harta benda hatta dengan nyawa kita dan Allah tidak mahu kita melampaui batas batas Nya.
Sebagai tanda terima kasih kepada Allah, Allah juga menyuruh kita menyemaikan budi kepada orang orang yang kurang bernasib baik, yang tersepit dalam hidupnya dan orang orang susah, orang orang miskin dan anak anak yatim. Dan sebaik baiknya jangan kita membuat sesuatu amalan yang boleh menyebabkan orang lain atau diri kita jadi bernasib tidak baik atau membuat sesuatu amalan yang boleh menyebabkan orang lain atau diri kita jadi tersepit atau membuat sesuatu amalan yang boleh menyebabkan orang lain atau diri kita jadi susah atau amalan yang boleh menyebabkan orang lain atau diri kita jadi miskin atau anak anak menjadi yatim.
Tiada amal yang lebih baik kecuali berdoa dan bersunguh
( berusaha ), bersedekah dan memaafkan kerana Allah. Banyak buah mulut yang mengatakan bahawa untuk mencapai tingkat insani kita perlu mempajari ilmu itu dan ini sedangkan didalam Al Quran dan hadith telah terang dan nyata pada hakikatnya sesaorang yang ingin mencapai hakikat insan disisi Allah perlu pandai menghargai budi ( bersyukur ) dan menjaga bahasanya ( amanah ) kerana Allah.
Diriwayat oleh Tarmizi dan Muhammad, Bersabda rasullullah, " Orang yang beriman itu baik budi perkertinya "
Dalam perpatah orang kita Melayu, " Orang berbudi kita berbahasa ". Apalah ertinya hidup jika tida pandai berbudi terutamanya dengan Allah kemudian dengan ahli keluarga, sanak saudara dan saudara seagama.
Perpatah Melayu juga berkata," Bahasa Menunjukkan Bangsa " bukan bermakna bercakap melayu, dianya melayu atau bercakap cina dianya china tetapi maksud yang sebenarnya ialah bahasa yakni tingkah laku kita adalah cermin bagi yang beriman.
Sekiranya hidup yang tak reti nak berbahasa menunjukkan bangsanya dari golongan orang yang tak beriman dan itulah hakikat Insan disisi Tuhan.
Tuesday, 6 December 2011
CARA PEMAKANAN RASULULLAH
Sarapan Pagi Rasulullah Salallahu Salallahu ‘alaihi
Setelah meminum segelas air yang telah dicampur dengan madu, beliau bersandar sesaat. Dan setelah ibadah, beliau -Salallahu ‘alaihi Wassalam- bertafakkur (merenung) tentang ibadah dan taat kepada Allah Ta’ala. Setelah mendirikan shalat Dhuha, beliau memakan tujuh butir kurma kering yang kedalam segelas air susu sebagaimana yang diriwayatkan dari beliau oleb Abu Nu’aim dan Abu Daud, bahwa beliau membatasi dengan seteguk air susu dan 7 butir kurma kering, sebagaimana sabda beliau ‘Barangsiapa memasuki pagi hari dengan 7 butir kurma kering, maka dia tidak akan terkena racun dan sihir”.
...
Makan Siang Rasulullah Salallahu ‘alaihi Wassalam
Setelah sarapan sekali di pagi hari, maka beliau tidak makan hingga selesai shalat ashar. Kemudian beliau mengambil sesendok makanan minyak zaitun yang dicampur dengan dua tetes cuka dan potongan roti gandum, yaitu kira-kira seukuran genggaman tangan. Hal ini dikarenakan Allah Ta’ala telah berfirman “…minyak dan pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api..”(QS.An Nuur: 35).
Pengetahuan modern telah menemukan bahwa banyak dari penyakit kanker, seperti kanker tulang, yang menggunakan minyak zaitun untuk proses penyembuhannya. Hal ini seperti yang pernah Allah firmankan tentang minyak zaitun “… pemakan makanan bagi orang-orang yang makan.” (QS. An-Nuur: 20). Kalimat sibghun berarti mewarnai seluruh jasad atau ia memiliki sifat mewarnai. Kedokteran modern menguatkan hal ini dan menemukan bahwa minyak zaitun terdiri dari asam lemak yang tidak mengenyangkan.
Makan Malam Rasulullah Salallahu ‘alaihi
Selesai mendirikan shalat lsya, shalat nawafil (sunnah), kemudian witir dan sebelum mendirikan shalat malam, maka Nabi akan makan malam, yaitu susu kental dengan potongan roti gandum. Pengetahuan modern telah membuktikan bahwa meminum segelas susu kental ketika makan malam akan dapat membersihkan sisa makanan yang masih tersisa di usus besar, kemudian ia akan menguraikan sisa makanan tersebut menjadi susunan yang lebih sederhana dan kecil hingga akhirnya memudahkan sisa makanan dan vitamin yang terkandung di dalamnya diserap.
firman Allah Ta’ala, “Sungguh telah ada pada diri Rasulullah teladan yang baik bagi kalian semua”.
~~BERUBAH KEPADA KEHIDUPAN RASULLAH SAMBIL MENGAMALAKN SUNNAHNYA~~
Monday, 5 December 2011
ISTILAH-ISTILAH TASAUF
abadi: Tidak ada kesudahan. Kesudahan bagi tiap-tiap yang bernyawa adalah kematian dan kesudahan bagi makhluk ciptaan Tuhan adalah kiamat. Dalam suasana yang abadi kematian dan kiamat tidak ada lagi. Ini adalah suasana akhirat.
abd: Makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t dan dihukumkan bahawa mereka berhajat dan bergantung kepada-Nya. Tidak ada makhluk yang boleh berdiri sendiri tanpa sokongan Tuhan.
Abdul Rab: Hamba Tuhan. Keterangannya lihat Hakikat Abdul Rab.
abid: Hamba yang dikuasai oleh rasa ketidak-upayaan diri dan dia semata-mata bergantung kepada daya dan upaya yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dalam keadaan Dia berhak dan boleh mengambil kembali daya dan upaya tersebut pada bila-bila masa sahaja yang Dia kehendaki. Hamba tersebut bersandar kepada Allah s.w.t semata-mata dan segala kegiatan hidupnya digunakan untuk beribadat kepada-Nya.
‘adam: Sesuatu yang tidak ada atau tidak wujud, yang merupakan zat asli makhluk. Makhluk diciptakan daripada tidak ada.
af’al: Perbuatan atau amalan.
afdal: Lebih baik, lebih mulia dan lebih tinggi kedudukannya.
Agama Tauhid: Agama yang tidak menyengutukan Tuhan dengan sesuatu, iaitu agama Islam.
agresif: Cenderung bertindak ganas.
Ahadiyyah: Keadaan Allah s.w.t Yang Maha Esa yang dibukakan kepada seseorang melalui pengalaman kerohanian.
ahli asbab: Orang yang melihat kepada keberkesanan hukum sebab musabab semata-mata sehingga dia melupakan ketentuan dan pentadbiran Tuhan yang menguasai sistem sebab musabab itu. Pergantungan orang ini hanyalah kepada usaha dan ikhtiar dalam mengadakan sebab untuk menghasilkan akibat. Mereka tidak dapat melihat hakikat kekuasaan Tuhan yang mengawal hukum sebab-akibat tersebut.
ahli bidaah: Orang yang mengamalkan sesuatu yang tidak menurut perkataan, perbuatan dan isyarat yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.
ahli ilmu: Orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berpegang kepada dalil-dalil yang ditemui melalui ilmunya.
ahli kasyaf: Orang yang dibukakan keghaiban kepadanya sehingga mata hatinya dapat menyaksikan hakikat yang ‘berada’ di sebalik yang nyata.
ahli kerohanian: Orang yang telah memasuki bidang atau makam hati dan mengalami hal-hal yang berhubung dengan Tuhan.
ahli maksiat: Orang yang cenderung membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Tuhan. Peringatan dan ancaman yang dibawa oleh Rasul-rasul tidak memberi bekas pada hatinya.
ahli suffah: Apabila Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, ada juga kumpulan orang-orang miskin dan faqir ikut sama berhijrah ke sana. Tujuan mereka berhijrah adalah untuk berada di samping Rasulullah s.a.w. Walaupun disediakan tempat tinggal untuk orang-orang yang berhijrah, tetapi tempat tersebut agak jauh dari masjid Rasulullah s.a.w. Kumpulan faqir miskin tadi lebih suka tinggal berhampiran dengan masjid baginda s.a.w. Oleh yang demikian baginda s.a.w mendirikan tempat menginap untuk mereka di beranda masjid. Mereka tang tinggal di beranda masjid Rasulullah s.a.w itu dipanggil ahli suffah iaitu orang yang tinggal di beranda masjid Rasulullah s.a.w. Kerja mereka adalah mempelajari wahyu dan hadis dan menyebarkannya kepada kaum Muslimin yang lain.
Ahli Sunah wal Jamaah: Satu bentuk kefahaman dan pegangan di kalangan umat Islam yang dalam banyak perkara berbeza dengan kumpulan-kumpulan yang lain seperti Syiah, Muktazilah dan Khawarij.
ahli taat: Orang yang berpegang teguh kepada hukum dan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan dan menjauhi segala larangan-Nya.
ahli tajrid: Orang yang menyaksikan kekuasaan Tuhan ‘berjalan’ pada segala perkara dan kejadian termasuklah sebab-sebab yang menghasilkan akibat-akibat. Apabila mereka melihat ‘tangan’ Tuhan pada segala perkara, maka pegangan dan sandaran mereka hanyalah kepada Tuhan, tidak lagi kepada makhluk yang berjalan dalam hukum sebab musabab.
ahli tarekat: Orang yang mengamalkan sesuatu aliran tarekat.
ahli tasauf: Orang yang arif dalam bidang tasauf.
ahwal: Hal-hal, iaitu pengalaman-pengalaman yang berhubung dengan ketuhanan yang dialami oleh hati.
akidah: Kepercayaan kepada Tuhan yang dianuti oleh seseorang.
Aku Hakiki: Apabila dikuasai oleh suasana kefanaan yang kuat seseorang itu hilang kesedaran terhadap dirinya. Dia tidak melihat lagi kepada ‘aku’ dirinya, sebaliknya apa sahaja yang mengenai dirinya diisbatkannya kepada Tuhan. ‘Aku’ dirinya diisbatkannya kepada ‘Aku’ Tuhan yang diistilahkan sebagai Aku Hakiki.
Alam Ajsam: Alam jisim. Alam benda-benda.
Alam al-Mulk: Alam nyata, alam yang mengandungi dunia di dalamnya.
Alam Arwah: Alam roh-roh di mana sekalian roh-roh yang Tuhan jadikan ditempatkan sebelum roh-roh tersebut bercantum dengan jasad atau badan.
alam asbab: Suasana yang pada zahirnya sangat ketara dikuasai oleh perjalanan hukum sebab dan akibat.
alam baqa: Lihat baqa.
Alam Barzakh: Tingkat alam selepas bumbung langit rendah iaitu langit dunia. Ia merupakan sebahagian daripada peringkat alam yang dinamakan Alam Malakut Bawah. Roh orang yang jasadnya mengalami kematian dibawa keluar meninggalkan bumbung langit dunia dan ditempatkan di Alam Barzakh.
alam fana: Lihat fana.
Alam Insan: Manusia yang bercantum rohani dan jasad.
Alam Jin: Satu ruang di bawah bumbung langit dunia di mana ditempatkan makhluk halus seperti jin dan lain-lain.
Alam Kabir: Alam besar, iaitu alam makhluk sekaliannya.
Alam Langit: Alam selepas bumbung langit dunia.
Alam Malakut: Alam tempat kediaman malaikat.
Alam Malakut Atas: Bahagian alam yang tinggi, didiami oleh malaikat-malikat dan lain-lain unsur nur yang seni yang bertugas memelihara alam dan menjalankan perintah Tuhan. Alam arwah merupakan sebahagian daripada Alam Malakut Atas. Kursi dan Arasy juga termasuk di dalam bahagiannya.
Alam Malakut Bawah: Bahagian alam selepas alam dunia didiami oleh malaikat-malaikat yang menerima tugas yang berhubung dengan alam bawah. Alam Barzakh termasuk di dalam ruang Alam Malakut Bawah.
Alam Misal: Alam di mana unsur rohani belum bercantum dengan badan kebendaan. Alam Misal jenis ini berada di dalam Alam Malakut. Ia merupakan peralihan daripada Alam Arwah menuju kepada peringkat Alam Nasut, di mana unsur rohani yang dari Alam Arwah itu mendapat badan masing-masing. Alam Misal merupakan perincian kepada Alam Arwah. Pada tahap Alam Misal roh-roh individu mendapat bakat-bakat dan keupayaan masing-masing, hanya menunggu giliran masing-masing mendapatkan tubuh bagi mempamerkan bakat dan keupayaan roh tersebut. Alam Misal jenis kedua berada di bawah bumbung langit dunia, sebagaimana yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w sewaktu baginda s.a.w melakukan Israk. Dalam Alam Misal jenis kedua ini perkara-perkara ghaib dan abstrak diberikan bentuk atau gambaran bagi melahirkan pengenalan terhadap benda dan perkara tersebut. Dalam Alam Misal inilah Rasulullah s.a.w menemui iman Masitah dalam misal sebagai bau-bauan yang sangat harum.
Alam Nasut: Alam kebendaan di mana unsur rohani mempunyai badan masing-masing.
Alam Saghir: Alam kecil, iaitu manusia atau Alam Insan.
Alam Syahadah: Alam nyata, iaitu bahagian alam yang unsur rohani menerima badan masing-masing.
amal salih: Kebaikan yang dilakukan kerana mentaati perintah Allah s.w.t dan dilakukan dengan ikhlas.
ammarah: Nafsu ammarah.
amr: Urusan atau Perintah Tuhan, iaitu suasana tiada pilihan melainkan menjalankan dengan tepat apa yang Tuhan telah tentukan. Semua maklumat yang lengkap dan terperinci sudah dibekalkan pada amr Tuhan. Ia juga dibekalkan dengan bakat dan keupayaan untuk menyatakan maklumat yang ada padanya.
Ansar: Penolong agama Allah s.w.t dengan jiwa dan harta mereka. Mereka berkhidmat dan berkorban untuk agama Allah s.w.t dalam semua bidang tanpa kepentingan diri sendiri. Mereka sanggup berpisah dengan pemilikan mereka demi membantu saudara-saudara Muslim dan demi jihad pada jalan Allah s.w.t.
Arasy: Sempadan yang memagari semua kejadian Tuhan. Apa sahaja yang Tuhan ciptakan berada di dalam pagar Arasy. Tidak ada satu pun kejadian Tuhan, baik yang nyata, yang ghaib atau yang tersembunyi berada di luar Arasy. Arasy merupakan hijab yang kukuh. Tidak ada makhluk yang berupaya menembusi Arasy untuk berdampingan atau bersekutu dengan Tuhan, walaupun makhluk itu merupakan malaikat yang paling tinggi darjatnya. Ilmu makhluk juga tidak mampu menembusi Arasy walaupun ilmu malaikat yang paling mulia. Arasy adalah daripada unsur nur yang paling latif atau paling seni, lebih seni daripada nur yang menjadi zat kejadian malaikat Jibrail. Oleh sebab itu Jibrail tidak berupaya untuk mengikuti Rasulullah s.a.w memasuki alam Arasy. Nabi Muhammad s.a.w berupaya berbuat demikian kerana roh baginda s.a.w adalah juga daripada unsur nur yang paling latif yang bersesuaian dengan Nur Arasy.
Arasy Yang Agung: Sempadan Arasy yang paling luar. Ia merupakan kejadian Tuhan yang paling besar. Ia dinamakan juga kulit atau kerangka alam.
Arasy Yang Meliputi: Sempadan Arasy yang paling luar. Ia merupakan kejadian Tuhan yang paling besar. Ia dinamakan juga kulit atau kerangka alam.
arifbillah: Orang yang mengenal Allah s.w.t dan memiliki ilmu ketuhanan yang mendalam.
ariffin: Arifbillah.
asbab: Perjalanan dan keberkesanan hukum sebab musabab sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
aslim: Sifat orang Islam, iaitu berserah diri kepada Allah s.w.t. Orang yang berserah diri kepada Tuhan melakukan sesuatu menurut peraturan yang Tuhan tetapkan. Mereka juga mengambil manfaat daripada keberkesanan sistem sebab musabab yang Tuhan tentukan tetapi mereka tidak lupa kepada Kuasa Mutlak yang menguasai sistem tersebut. Oleh yang demikian mereka tidak berpisah dengan sifat sabar, tawakal dan reda.
asma’: Nama, biasanya yang dimaksudkan ialah nama Tuhan.
asyikin: Orang yang mendapat asyik dengan hal ketuhanan seperti nama dan sifat-Nya. Orang yang asyik dengan satu-satu nama Tuhan akan melihat kenyataan nama tersebut pada apa sahaja yang dia pandang. Penyaksian yang demikian melahirkan kelazatan dan kepuasan pada jiwanya. Begitu juga keadaan orang yang asyik dengan sifat Tuhan.
ateis: Orang yang tidak percaya kepada Wujud Tuhan.
athar: Benda-benda yang Tuhan jadikan dan letakkan kesan padanya.
aurad: Wirid-wirid.
azali: Suasana Pentadbiran Tuhan atau yang berada pada sisi Tuhan, yang tidak ada permulaan.
baqa: Suasana kerohanian selepas peringkat fana. Dalam kebaqaan hati merasakan kekal, iaitu tidak berpisah dengan Allah s.w.t.
baqabillah: Baqa atau kekal bersama-sama Allah s.w.t
Balhut: Keadaan Zat Allah s.w.t yang tidak dapat dihuraikan.
barzakh: Sempadan yang memisahkan dua perkara atau keadaan yang berlainan.
basirah: Mata hati atau keupayaan mengenal yang ada pada rohani.
benih kemanusiaan: Sumber penciptaan makhluk bangsa manusia.
bidaah: Perbuatan dan perkara-perkara yang tidak sesuai dengan Sunah Rasulullah s.a.w.
Cinta Allah s.w.t: Salah satu bakat ketuhanan yang ada pada Nur Allah s.w.t adalah kekuatan untuk menarik hati supaya mencintai Allah s.w.t. Hati yang menerima pancaran Nur yang demikian akan merasai kecintaan Allah s.w.t kepadanya dan pada masa yang sama lahirlah di dalam hati itu rasa kecintaan kepada Allah s.w.t secara bersangatan yang bercampur dengan keasyikan. Orang yang menerima pancaran Nur Cinta Allah s.w.t itu biasanya sampai kepada keadaan yang dipanggil gilakan Allah s.w.t. Hatinya hanya dipenuhi oleh Allah s.w.t, tidak ada tempat untuk yang lain.
Cinta Ilahi: Sama seperti Cinta Allah s.w.t.
Diri Batin: Rohani atau hati nurani insan yang berhubungan dengan Latifah Rabbaniah ataupun bahagian diri manusia yang bermula daripada ‘tiupan Roh Allah s.w.t’, bukan bermula daripada ‘adam. Tubuh badan memperolehi bakat dan keupayaan kerana pertaliannya dengan Diri Batin.
duniawi: Benda-benda dan perkara-perkara keduniaan.
fadilat: Kelebihan, kemuliaan atau ketinggian.
falsafah: Satu jenis ilmu yang berlandaskan kekuatan akal yang bebas daripada pengaruh hawa nafsu, dunia dan tarikan anasir-anasir kebendaan. Akal yang demikian mampu mencungkil nilai-nilai kemanusiaan yang asli. Ia juga mampu melepasi kongkongan kebendaan untuk merenung kepada perkara-perkara ghaib dan abstrak yang berkait rapat dengan perjalanan anasir kebendaan dan alam. Akal yang demikian boleh sampai kepada tahap pertemuan dengan kenyataan tentang kewujudan Kuasa Mutlak yang mengawal sekalian makhluk.
fana: Peringkat pengalaman kerohanian di mana seseorang mengalami suasana ketiadaan kesedaran dan ingatan terhadap kewujudan diri sendiri dan makhluk lainnya. Fana dalam Allah s.w.t adalah pengalaman di mana seseorang mengalami suasana yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t, seperti perbuatan, nama, sifat dan zat Allah s.w.t. Fana dan baqa adalah suasana kerohanian yang dialami sebelum seseorang itu kembali kepada kesedaran kemanusiaan biasa.
fanafillah: Fana dalam Allah s.w.t, di mana seseorang mengalami suasana yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t, seperti perbuatan, nama, sifat dan Zat Allah s.w.t. Fana dan baqa adalah suasana kerohanian yang dialami sebelum seseorang itu kembali kepada kesedaran kemanusiaan biasa.
fana hakiki: Fana dalam ad-din, iaitu hilang kehendak diri di dalam kehendak agama. Tidak ada yang dikehendaki melainkan apa yang agama berkehendakkan dia melakukannya. Kehendak peribadinya tunduk kepada kehendak Allah s.w.t. Setelah seseorang hamba itu fana daripada dirinya, kehendak dirinya, perasaannya dan juga daripada makhluk sekaliannya, maka Allah s.w.t bawakan si hamba itu kepada suasana yang bersesuaian kehendaknya dengan kehendak Allah s.w.t dan agama-Nya.
faqir: Orang yang meletakkan pergantungan kepada Allah s.w.t semata-mata kerana Dia jualah yang memiliki sifat-sifat iftiqar yang mewajibkan makhluk berhajat dan bergantung kepada-Nya. Kefanaan di dalam Allah s.w.t juga diistilahkan sebagai faqir. Orang faqir adalah orang yang melihat ‘dari Allah’, ‘beserta Allah’ dan ‘kepada Allah’.
fardu: Kewajipan yang dituntut oleh agama. Tidak melakukan fardu merupakan perlanggaran kepada peraturan agama.
fardu ain: Kewajipan yang ditanggung oleh setiap orang Islam secara individu seperti sembahyang, puasa dan lain-lain.
fardu kifayah: Kewajipan yang dikongsikan oleh orang-orang Islam seperti mengebumikan mayat dan lain-lain.
fasiq: Orang yang engkar kepada perintah agama dan mengadakan perlanggaran terhadap peraturan agama secara terbuka.
fatanah: Bijaksana. Ia adalah salah satu daripada sifat-sifat yang wajib bagi Rasulullah s.a.w. Di dalam perkara-perkara yang memerlukan kesabaran, penyerahan dan sebagainya, ia disertai oleh kebijaksanaan. Begitulah sikap yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
fi-sabilillah: Perjuangan pada jalan Allah s.w.t.
fitrah: Bakat-bakat, keupayaan dan daya nilai semulajadi yang Tuhan bekalkan bersama-sama dengan penciptaan makhluk-Nya. Fitrah setiap kejadian akan mengheret kejadian tersebut untuk mempamerkan sesuatu yang dengannya kejadian itu dikenali.
fitrah insan: Bakat-bakat, keupayaan dan daya nilai yang Tuhan kurniakan kepada manusia sejak manusia yang pertama diciptakan. Fitrah insan mengwujudkan makhluk bangsa manusia dengan identiti kemanusiaan yang nyata dan berbeza dengan makhluk yang lain. Fitrah insan juga menggerakkan manusia membina kehidupan di dalam dunia ini dengan berlandaskan nilai moral yang murni.
fitrah manusia: Sama seperti fitrah insan.
fitrah Muslim: Apabila fitrah insan disinari oleh cahaya iman ia meningkat kepada darjat fitrah Muslim. Nilai murni yang ada pada fitrah insan adalah berlandaskan kemanusiaan semata-mata. Apabila nilai murni tersebut dilandaskan kepada kepercayaan kepada Allah s.w.t dan kepatuhan kepada peraturannya baharulah fitrah insan itu menjadi Muslim.
Ghaibul Ghuyub: Keghaiban alam dan makhluk masih boleh dijangkau oleh ilmu dan kasyaf atau masih boleh dijangkau oleh alam perasaan. Keghaiban Allah s.w.t melepasi kemampuan jangkauan ilmu, kasyaf dan alam perasaan. Benteng keperkasaan Allah s.w.t menahan apa sahaja daripada menyentuh-Nya. Keghaiban yang begini dinamakan Ghaibul Ghuyub.
Ghaibul Mutlak: Sama seperti Ghaibul Ghuyub.
ghirah: Kecemburuan beragama. Perasaan yang demikian menggerakkan seseorang menjaga kemuliaan dan kesucian agamanya dan mempertahankannya daripada musuh-musuh yang cuba merosakkan agamanya dan juga penganut agamanya.
Habiballah: Lihat Hakikat Habiballah.
Hadrat: Rasa kehadiran Allah s.w.t yang dialami oleh hati, seperti rasa kehampiran-Nya, keperkasaan-Nya, keelokan-Nya dan sebagainya.
hakikat: Kebenaran yang tulen dan sejati mengenai sesuatu perkara. Kebenaran yang paling benar adalah yang pada sisi Tuhan dan hanya Tuhan yang mengetahuinya dan ia dinamakan hakikat kepada sesuatu perkara itu. Manusia diberikan sedikit ilmu sahaja mengenai hakikat tersebut.
Hakikat Abdul Rab: Kewujudan hamba dalam ilmu Allah s.w.t. Dalam perjalanan kerohanian selepas peringkat fana seseorang itu memasuki peringkat baqa. Dalam kebaqaan itulah dia menyaksikan hakikat dirinya yang pada sisi Tuhan sebagai hamba Tuhan. Sebelum alam diciptakan wujud kehambaannya sudah pun ada pada sisi Tuhan. Hakikat dirinya itu tidak berpisah dengan Tuhan sejak azali sehinggalah kepada yang abadi. Penyaksian yang demikian membuatnya merasakan kekal atau baqa bersama-sama Allah s.w.t.
Hakikat Adam/Adamiyah: Hakikat kepada Nabi Adam a.s. Ia adalah kewujudan pada sisi Tuhan, dalam ilmu Tuhan, yang berdasarkan kepadanya Adam a.s dan keturunannya diciptakan. Apa sahaja yang diciptakan oleh Tuhan menunjukkan bahawa perkara tersebut sudahpun ada pada sisi-Nya sebelum ia diciptakan. Salik bertembung dengan Hakikat Adamiyah ketika terjadi keasyikan pada peringkat kalbu. Kesan pertembungan dengan Hakikat Adamiyah menyebabkan muncul cahaya nur berwarna kuning yang bergemerlapan pada cermin hati salik. Nur yang menyinari hati salik itu mendorong salik untuk kuat bertaubat kepada Allah s.w.t dan memperbanyakkan ibadatnya.
Hakikat Ahmad/Ahmadiah: Urusan pentadbiran Tuhan mengenai roh yang paling latif yang menjadi penjana kepada sekalian kehidupan. Ia adalah roh Nabi Muhammad s.a.w atau biasanya dipanggil Roh Muhammad. Dalam suasana roh ia dinamakan Ahmad.
Hakikat Alam: Kewujudan alam dalam ilmu Tuhan.
Hakikat Asma’: Kewujudan pada sisi Tuhan, dalam ilmu Tuhan, dinamakan Hakikat. Ia adalah hal atau keadaan Tuhan ataupun suasana pentadbiran dan urusan Tuhan, samada mengenainya diri-Nya ataupun makhluk-Nya. Salah satu hal-hal mengenai Tuhan adalah nama-nama-Nya. Nama Tuhan adalah wujud Hakikat, iaitu wujud pemerintah yang menguasai sekalian makhluk. Boleh juga dikatakan bahawa nama-nama Tuhan adalah bakat-bakat ketuhanan atau Rububiah. Dalam pengalaman kerohanian seseorang sampai kepada peringkat menyaksikan hubungan nama-nama Tuhan dengan Diri-Nya yang menguasai nama-nama tersebut dan kekuatan serta bakat ketuhanan yang ada pada nama-nama Tuhan terhadap sekalian makhluk. Pengalaman yang demikian dikatakan dia mengalami Hakikat Asma’.
Hakikat Habiballah: Nabi Muhammad s.a.w boleh dilihat dari beberapa aspek. Baginda s.a.w adalah rasul-Nya yang membawa perkhabaran mengenai-Nya secara sempurna. Dalam aspek kerasulan yang paling lengkap dan sempurna ini baginda s.a.w dilihat sebagai bekas yang mempamerkan apa yang ada pada sisi Tuhan yang dinamakan Hakikat Muhammad. Baginda s.a.w adalah makhluk yang paling mengenali Allah s.w.t. Baginda adalah yang paling mengetahui cara-cara pengabdian kepada-Nya. Baginda juga merupakan orang yang paling mengasihi Allah s.w.t dan baginda jugalah makhluk yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rahmat kepada sekalian alam. Apabila melihat Nabi Muhammad s.a.w dalam aspek rahmaniat Tuhan baginda s.a.w dipanggil Habiballah atau kekasih Allah. Habiballah adalah hamba Tuhan yang paling benar dan paling diredai-Nya. Baginda s.a.w telah menunjukkan jalan yang paling benar dan paling diredai itu. Dalam pengalaman kerohanian seseorang menyaksikan Nabi Muhammad s.a.w dalam berbagai-bagai aspek seperti Hakikat Muhammad, Nur Muhammad, Muhammad Insan Kamil dan lain-lain. Semua aspek-aspek tersebut adalah kewujudan dalam ilmu Allah s.w.t. Penghayatan, daya rasa, ingatan dan kesedaran di dalam ilmu itu bercampur dengan kemabukan, kefanaan dan kebaqaan atau dikatakan berada dalam suasana hakikat. Apabila seseorang dapat melihat Nabi Muhammad s.a.w sebagai Habiballah yang berjalan sebagai manusia biasa di atas muka bumi, memakai sifat-sifat dan nilai kemanusiaan, baharulah dia dapat kembali kepada kesedaran biasa dengan sempurna atau baharulah dia boleh keluar dari makam hakikat dan masuk sepenuhnya kepada makam syariat. Penghijrahan dari makam hakikat kepada makam syariat sukar dilakukan kerana kesan kefanaan, kemabukan, zauk dan kebaqaan sukar hilang dari hati salik.
Hakikat Haiwan: Kewujudan dalam ilmu Tuhan yang mengawal penciptaan keturunan semua haiwan.
Hakikat hamba Tuhan: Sama seperti Hakikat Abdul Rab.
Hakikat Ibrahim/Ibrahimiyah: Hakikat kepada Nabi Ibrahim a.s iaitu kewujudan hakikat yang pada sisi Tuhan yang mengawal penciptaan Nabi Ibrahim a.s. Hakikat nabi-nabi mempunyai pengaruh dan kesan terhadap hakikat-hakikat yang lain. Hakikat Nabi Muhammad s.a.w mempunyai kesan dan pengaruh yang paling besar dan paling kuat terhadap semua hakikat-hakikat. Di bawah daripada itu adalah hakikat nabi-nabi yang lain termasuklah Hakikat Nabi Ibrahim a.as. Hakikat adalah suasana ketuhanan mengenai makhluk-Nya. Apa sahaja urusan Tuhan dinyatakan sebagai nur. Malaikat yang menjalankan urusan Tuhan adalah nur. Kesan hakikat yang diterima oleh cermin hati adalah dalam suasana nur juga. Hakikat Ibrahimiyah diterima oleh hati ketika berlaku keasyikan pada makam roh, iaitu roh haiwani yang menghidupkan jasad.. Pertembungan dengan kesan Hakikat Ibrahimiyah tersebut membuat mata hati menyaksikan nur atau cahaya berwarna merah yang bergemerlapan. Ini bukan bermakna Hakikat Ibrahimiyah itu berwarna merah. Kesan daripada hakikat umpama haba yang ‘memanaskan’ cermin hati dan hasilnya muncullah cahaya api dalam cermin hati itu. Begitu juga keadaannya apabila berlaku pertembungan hati dengan kesan hakikat-hakikat yang lain. Pancaran nur Hakikat Ibrahimiyah itu mendorong hati supaya kuat berserah diri kepada Allah s.w.t dan kuat bersabar dalam menempuh ujian.
Hakikat Insan: Suasana, keadaan atau hal Pentadbiran Tuhan yang mengenai umat manusia dan menguasai kewujudannya. Apa sahaja yang Tuhan tentukan untuk umat manusia sejak azali sampailah kepada yang abadi telah ada pada suasana Hakikat Insan yang pada sisi Tuhan. Apa sahaja yang terzahir daripada penguasaan Hakikat Insan akan menjadi manusia.
Hakikat Insan Kamil: Hakikat Insan Kamil adalah suasana kerohanian pada permulaan baqa, setelah melepasi peringkat fana. Dalam suasana tersebut sering muncul kesedaran tentang kesatuan wujud (wahdatul wujud) di mana Wujud Tuhan dengan wujud hamba disaksikan sebagai satu. Hakikat Insan Kamil merupakan pertemuan makam kehambaan dengan makam ketuhanan. Dalam suasana inilah ucapan “ana al-Haq!” selalu keluar dari mulut orang yang sedang karam di dalam kesedaran Insan Kamil itu. Ada juga orang yang memasuki suasana ini tanpa hilang kesedaran kehambaannya. Dia hanya menyaksikan Insan Kamil bukan menjadi Insan Kamil. Dalam hal ini Insan Kamil menjadi titik permulaan untuk dia menyaksikan hakikat kehambaan dirinya di dalam ilmu Allah s.w.t atau pada sisi-Nya.
Hakikat Isa/Isaiyah: Pertembungan hati dengan Hakikat Isaiyah berlaku ketika terjadi keasyikan pada peringkat kebatinan yang dinamakan khafi. Kesan pertembungan itu menyebabkan cermin hati tertangkap cahaya nur yang berwarna hitam yang bergemerlapan. Ketika ini gelombang kefanaan sedang kuat melambung hati salik. Kesedaran pancainderanya sudah tidak ada lagi. Dalam suasana yang demikian akan lahirlah sifat-sifat dan perwatakan yang dianggap sebagai tidak normal mengikut penilaian orang ramai. Nur yang terpancar melalui pertembungan dengan Hakikat Isaiyah itu membuat hati bertambah kasih kepada Tuhan dan ingatan hanya tertuju kepada-Nya semata-mata. Hubungan salik dengan yang selain Allah s.w.t tidak aktif. Pada tahap ini ingatan dan kesedaran salik hanyalah tertumpu kepada Allah s.w.t hinggakan dia tidak tahu dirinya dan makhluk lainnya.
Hakikat Kacang: Suasana, keadaan atau hal pentadbiran Tuhan yang menguasai kewujudan generasi kacang. Apa sahaja yang terzahir melalui penguasaan Hakikat Kacang akan menjadi kacang.
hakikat kemanusiaan: Sama seperti Hakikat Insan, iaitu suasana pentadbiran Tuhan mengenai generasi manusia.
hakikat kenabian: Suasana pentadbiran Tuhan yang berhubung dengan penciptaan nabi-nabi. Hakikat ini adalah Hakikat Muhammadiah yang menjadi penjana ilmu nabi-nabi. Setiap nabi memperolehi bahagian tertentu daripada pancaran nur Hakikat Muhammadiah, sementara Nabi Muhammad s.a.w memperolehi pancaran tersebut secara penuh.
hakikat kepada semua hakikat-hakikat:` Hakikat Muhammadiah.
hakikat kewalian: Suasana pentadbiran Tuhan yang berhubung dengan penciptaan wali-wali. Wali-wali menerima kesan pancaran nur Hakikat Insan Kamil dan Hakikat Abdul Rab. Darjat seseorang wali itu bergantung kepada kekuatan nur Insan Kamil dan Abdul Rab yang diterimanya.
Hakikat Khalifah: Setelah menemui hakikat dirinya sebagai Hakikat Abdul Rab salik memperolehi sepenuhnya kesedaran kemanusiaannya yang hilang ketika fana dan mula kembali sedikit demi sedikit ketika baqa. Pancaran nur Hakikat Khalifah memberi kekuatan dan bimbingan kepada salik untuk menguruskan hal-ehwal kehidupannya dan juga bidang yang diamanahkan kepadanya. Salik yang telah sampai ke peringkat ini sudah melepasi kesan kemabukan dan kefanaan dan dia boleh kembali kepada kehidupan orang ramai tanpa menimbulkan fitnah dan kekeliruan.
Hakikat Malaikat: Suasana pentadbiran Tuhan berhubung dengan penciptaan malaikat-malaikat.
Hakikat Manusia: Sama seperti Hakikat Insan.
Hakikat Maut: Bakat ketuhanan atau Rububiah yang mengawal dan berkuasa dalam bidang mematikan setiap yang hidup. Nur Rububiah yang menguasai maut itu menyinari malaikat Izrail, maka Izrail memperolehi pengetahuan tentang perjalanan maut dan bakat serta keupayaan mematikan dipikul oleh Izrail.
Hakikat Muhammad/Muhammadiah: Hakikat yang menyeluruh iaitu Hakikat yang menguasai sekalian hakikat-hakikat. Semua hakikat-hakikat yang lain merupakan bahagian-bahagian daripada Hakikat yang satu ini. Hakikat Muhammadiah adalah Hakikat yang penuh dan lengkap dan hakikat yang lain mempamerkan apa yang ada dengan Hakikat Muhammadiah itu. Gabungan semua hakikat-hakikat itu baharu menyamai Hakikat Muhammadiah ini. Apa sahaja yang selain Allah s.w.t bermula atau dijanakan oleh Hakikat Muhammadiah. Apabila Hakikat Muhammadiah dilihat sebagai urusan Allah s.w.t dan dalam aspek hubungannya dengan Allah s.w.t ia dikenali sebagai Nur Allah. Apabila ia dilihat dalam aspek penjana kewujudan Nabi Muhammad s.a.w ia dikenali sebagai Nur Muhammad. Apabila ia dilihat dalam segi penjana manusia-manusia yang sempurna ia dikenali sebagai Insan Kamil. Apabila ia dilihat dalam segi penjana kepada sekalian kewujudan makhluk ia dinamakan Hakikat Insan atau Hakikat Alam. Pertembungan hati salik dengan Hakikat Muhammadiah berlaku dalam kefanaan, ketika ingatan dan kesedaran terhadap diri sendiri dan makhluk sekaliannya sudah tidak ada lagi. Pandangan mata hati kepada Hakikat Muhammadiah menimbulkan makrifat tentang urusan pentadbiran Tuhan yang meliputi segala sesuatu. Pengalaman kerohanian yang mengenai Hakikat Muhammadiah ini berlaku pada alam kebatinan yang dinamakan akhfa, iaitu batin atau kesedaran kerohanian yang paling dalam. Kesan daripada pancaran nur Hakikat Muhammad atau Nur Muhammad menyebabkan muncul cahaya hijau yang bergemerlapan pada cermin hati salik.
Hakikat Musa/Musawiyah: Hakikat kepada Nabi Musa a.s. Pertembungan hati salik dengan Hakikat Musawiyah berlaku dalam keasyikan pada makam Sir, iaitu Roh Insan yang menerima tiupan daripada hakikat roh atau dipanggil Roh Allah. Sinaran nur Hakikat Musawiyah melahirkan kecintaan kepada Allah s.w.t yang tidak berbelah bahagi.
Hakikat Nuh/Nuhiyah: Hakikat kepada Nabi Nuh a.s. Peranannya dan makamnya sama dengan Hakikat Ibrahimiyah. Sinaran nur Hakikat Nuhiyah menambahkan kekuatan salik untuk memperbetulkan jalannya menuju Allah s.w.t.
Hakikat Roh: Urusan Tuhan yang berhubung dengan roh-roh. Ia dinamakan Roh Allah, iaitu hakikat yang berada pada sisi Allah s.w.t yang menguasai semua roh-roh.
Hakikat Syariat: Kebenaran yang sebenar mengenai syariat yang diturunkan oleh Tuhan. Kefahaman mengenai hakikat syariat dan hakikat-hakikat yang lain dibukakan oleh Tuhan kepada sesiapa sahaja daripada kalangan hamba-Nya yang dikehendaki-Nya, sekadar yang dikehendaki-Nya. Kefahaman sebenar tentang hakikat hanya terjadi melalui pembukaan Tuhan bukan melalui pembelajaran.
Hakikat Yang Menyeluruh: Hakikat Muhammadiah.
Hakikat Wali: Suasana, keadaan atau hal pentadbiran Tuhan yang menguasai kewalian. Sesiapa yang menerima penguasaan Hakikat Wali akan menjadi wali.
hal: Pengalaman kerohanian mengenai Tuhan yang dialami oleh hati. Pengalaman hubungan hati dengan Tuhan itu membentuk rasa, zauk atau hal yang melahirkan pengenalan tentang Tuhan.
hamba rabbani: Hamba yang sampai kepada tahap bersesuaian kehendaknya dengan kehendak Allah s.w.t. Apa sahaja yang sampai dan keluar daripadanya semuanya sudah ditapis dan diredai oleh Allah s.w.t. Hamba yang demikian menjadi wakil-Nya dan diizinkan untuk menggunakan cop mohor-Nya dalam melaksanakan tugasnya. Perkara-perkara luarbiasa selalu muncul daripada hamba-hamba yang demikian.
haqqul yaqin: Keyakinan yang sebenar-benarnya. Dalam suasana haqqul yaqin, ilmu dan pengalaman kerohanian, termasuklah penemuan melalui kasyaf, adalah bersesuaian dengan al-Quran dan as-Sunah.
Haq: Yang Sebenarnya, iaitu Tuhan.
hari akhirat: Suasana alam dan sekalian makhluk selepas berlakunya kiamat. Walaupun ia dinamakan hari tetapi ia tidak terlibat lagi dengan masa kerana sukatan masa diukur dengan peredaran bumi mengelilingi matahari. Dalam suasana akhirat tidak ada lagi neraca pengukur masa. Masanya ialah tanpa kesudahan atau abadi.
hari kebangkitan: Hari akhirat.
hari kiamat: Saat atau ketika Allah s.w.t menghancur-leburkan sekalian makhluk. Ikut hancur ialah sistem sebab musabab dan sistem alam. Kemudian Allah s.w.t bina alam yang baharu dengan sistem yang baharu. Dalam alam yang baharu itu tidak ada lagi ruang untuk beramal. Apa juga amalan yang hendak dilakukan mestilah dilakukan sebelum berlaku kiamat.
Haula dan Kuwwata: Kekuatan dan kekuasaan Allah s.w.t yang daripadanya makhluk memperolehi daya, upaya dan bakat yang dengan itu makhluk boleh memiliki berbagai-bagai kebolehan seperti bergerak, berkehendak, mendengar, melihat, merasa, berfikir dan lain-lain.
hidayat: Pimpinan dari Tuhan.
hijab: Kegelapan yang menutupi hati daripada menyaksikan kepada Alam Malakut dan hal-hal ketuhanan. Hati berhubung dengan Alam malakut dan hal-hal ketuhanan melalui nur. Kegelapan nafsu, tarikan anasir-anasir alam dan waswas syaitan menutupi cermin hati daripada menerima nur yang datangnya dari alam ghaib.
Hijab al-‘Izzati: Hijab ketuhanan iaitu kekuasaan Tuhan yang menghalang segala sesuatu daripada menceroboh keesaan-Nya. Tidak ada makhluk yang dapat duduk bersebelahan dengan Allah s.w.t. Tidak ada ilmu dan makrifat yang dapat membatasi-Nya.
Hijab Keteguhan: Hijab al-‘Izzati.

Wednesday, 23 November 2011
FADHILAT TAUBAT
Anas ra meriwayatkan bahwasanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda; Allah Ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, ketika engkau berdoa kepada-Ku dan mengharap (ampunan)-Ku, maka Aku mengampunimu atas dosa-dosa yang ada padamu dan aku tidak mempedulikannya. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai mega di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku, maka Aku akan mengampunimu dan tidak mempedulikan (atas dosa yang engkau lakukan).” (HR. Tirmidzî)
Rasulullah saw bersabda, “Orang yang memperbanyak istighfar, maka Allah akan menjadikan kemudahan dalam setiap kesusahan, menjadikan jalan keluar dalam setiap kesempitan dan memberi rezeki dari jalan yang tidak disangka.”(HR. Ahmad)
Rasulullah saw bersabda “Barang siapa yang membacanya (Sayyidul Istighfar) pada permulaan siang hari dengan penuh keyakinan dan dia meninggal pada siang itu sebelum masuk waktu sore, maka dia termasuk ahli surga. Barangsiapa yang membacanya pada permulaan malam hari dengan penuh keyakinan dan dia meninggal pada malam itu sebelum masuk waktu subuh, maka dia termasuk ahli surga.”
اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت، خلقتني وأنا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شر ما صنعت، أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
maksudnya:
Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah Taala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemui kembali barangnya yang hilang.” (Riwayat Muslim)
Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar: 53)
Orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (Surah: Al-Imran 135-136)
Tuesday, 22 November 2011
PESANAN LUQMANUL HAKIM KPD ANAKNYA
01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 - Orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Sekian, Wassalam.

Saturday, 19 November 2011
KOLEKSI HIJAB SANG PENCINTA
MUTIARA HATI MUKMIN:
Tidak ada suatu keinginan yang besar dari seorang mukmin…
Kecuali mempunyai hati yang bersih dan bercahaya.
Karena dia yang akan menuntun keselamatan hidup kita di dunia.
Hati yang cemerlang adalah hati yang bersih suci dan mampu ‘melihat’ alam ghaib sehingga ia mengenal Allah ta’ala tanpa keraguan sedikitpun.
Pada zaman nabi ada seorang laki-laki bertanya pada nabi, “Ya Rasulullah , siapakah manusia terbaik?”. Nabi menjawab,“Mereka adalah orang mukmin yang berhati makhmum.” Orang itu bertanya lagi , “Apakah hati makhmum itu?” . Nabi bersabda, “Itu adalah hati yang berTAKWA lagi bersih yang tidak ada didalamnya penipuan, sikap melampaui batas, tipu daya, khianat dan dengki”. (HR. Ibnu majah dan termasuk hadis shahih).
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu berTAKWA kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan (pembeda) dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.” (QS Al-Anfal : 29)
“Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), berTAKWAlah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu nur (cahaya) yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Al-Mujadilah :28)
Dalam hadits Qudsi, diriwayatkan oleh Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu bahwa Rosulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya Allah swt telah berfirman: “Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku menyatakan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan kepadanya. Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat (nawafil) sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya.” (Riwayat Imam Bukhari)
Hati yang bersih juga hati orang yang Ikhlas, sehingga ditakuti oleh setan. Nabi pernah bersabda, “Tidak berjalan Umar disuatu lorong melainkan setan memilih jalan lain (supaya tidak berpapasan dengan Umar). (HR. Imam Bukhari dan Muslim). Perasaan takut yang ditunjukkan setan disebabkan karena ketakwaan yang ada dalam diri Umar.
Apabila hati bersinar dan gemilang, Allah mengilhamkan kepada hati itu berbagai ilmu dan petunjuk. Diantaranya adalah firasat mukmin. Sehubungan hal tersebut menurut Imam Thirmidzi , nabi bersabda , “Takutlah kamu dengan firasat mukmin karena sesungguhnya dia melihat dengan nur Allah. “
al-ilmi indallah,alaina an nah ta'allamu , lii man faatina..
(ilmu ALLAH di kongsi bersama untuk MANFFAT bersama)
MUTIARA WANITA SEJATI:
Seorang wanita sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya,
tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya.
Wanita sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.
Wanita sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan,
tetapi dari keikhlasan ia memberikan kebaikan itu.
Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,
tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
Wanita sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,
tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara.
Wanita sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya.
Wanita sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di jalan,
tetapi dilihat dari kekhawatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.
Wanita sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani,
tetapi dilihat dari sejauhmana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.
Wanita sejati bukan dilihat dari sifat nya dalam bergaul,
tetapi dilihat dari sejauhmana ia boleh menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul...sesama makhluk..
dan berbahagialah wanita sejati disisi ALLAH dan RASULNYA
al-ilmi indallah,alaina an nah ta'allamu , lii man faatina..
(ilmu ALLAH di kongsi bersama untuk MANFFAT bersama)
MUTIARA ILMU:
Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut pada kholiq (pencipta) dan keluarkanlah berharap pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Sang Kholiq.
Hakikat tauhid adalah membaca Al Qur’an dengan merenungi artinya dan bangun malam.
Tidak akan naik pada derajat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).
Barang siapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.
Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.
Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.
Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan, golongan yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud dan golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.
Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.
(^_^) selawat dan istigfar
al-ilmi indallah,alaina an nah ta'allamu , lii man faatina..
(ilmu ALLAH di kongsi bersama untuk MANFFAT bersama)
MUTIARA CINTA INSANI:
Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya..
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!!
Cinta hanya satu perasaan. Jika dipam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit..maka suburkanlah CINTA mu pada ilahi..CINTA ilahi mmg sakit,rindu dan kasih tapi itulah penawar duka nestapa di dunia yg fana..
aku hijab sang pencinta meraih cinta ALLAH dari cinta makhluk..
(^_^) selawat dan istigfar
CINTA ALLAH CINTA ABADI:
“Ya Allah.. Jikalau cinta ini adalah ketertawanan, tawanlah hatiku dengan cinta kepada-Mu,agar tidak ada lagi yg dapat menawan hatiku.. Jikalau rindu ini adalah rasa sakit, penuhilah rasa sakit ini dengan rindu kepada-Mu….”
Cinta adalah anugrah trindah yg diberikn khusus untuk 2 org dan tak ada tempat bagi org ketiga.
Cinta itu ibarat sebuah gunung yg terasa dekat saat dipandangi namun untuk mencapainya butuh prjalanan yg jauh dan brliku..begitulh cinta yg terasa begitu dekat namun untuk mendapatkn ny butuh proses & pengorbanan krn cinta yg diraih dgn mudah..akan hilang seiring brjalan ny waktu.
Ketika qt memusatkn hidup qt pd seseorg, sesungguh ny qt tak lg hidup krn itu biarlh cinta yg ada dalam diri qt mengalir apa adanya sehingga suatu saat bila cinta itu tak dapat menyatu, qt dapat melepaskn ny tanpa sakit hati yg mendalam dengan suatu harapan akan datang kebahagian yg mungkin tak dapat qt duga..kerna ALLAH yg maha merancang yg trbaik buat makhluk NYA..
al-ilmi indallah,alaina an nah ta'allamu , lii man faatina..
(ilmu ALLAH di kongsi bersama untuk MANFFAT bersama)
MUTIARA SAHABAT:
suatu hari cinta dan sahabat jalan-jalan di desa. tiba tiba cinta jatuh kedalam telanga.
mengapa? karena cinta itu buta.
lalu sahabat pun ikut terjun kedalam telaga.
kenapa? karena sahabat akan berbuat apapun untuk cinta.
lalu di dalam telaga cinta menghilang.
mengapa? karena cinta itu halus, mudah sekali hilang jika tidak dijaga. dan akan sulit dicari.
sedangkan sahabat masih terus mencari dan menunggu cinta.
kenapa? karena sahabat itu sejati dan tidak akan meninggalkan mu begitu saja sebagai sahabat yang setia
untuk itu, hargai dan sayangilah sahabatmu selagi dia masih ada.
sesuatu akan terasa sangat berharga ketika ia hilang..biar lah hilang CINTA mu..jangan hilang sahabat istimewa mu
(^_^) selawat dn istigfar..
MUTIARA KATA DI PAGI INI:
miLikiLah SEbuAh “HATI” yG tidak PerNah MemBenCi, seBuah “SENYUMAN” YanG tiDak perNah PudaR,SebuAh “SENTUHAN” yG tiDAk PeRnah MenYakiTi dan seBuah “PERSAHABATAN” yanG tidAk pRnah BeraKhir.
segitiga ada 3 titik ujung…segiempat ada 4 titik ujung…aku harap rasa syg kita sprti lingkaran yg tidak mempunyai titik akhir&tak berujung!!
aku tdkla brharap utk mnjadi orang yg trpntg dlm hidupmu..
itu permintaan yg trlalu besar bagiku..
aku hanya brharap suatu saat nanti jika kau mlihatku..
kau akn trsenyum & brkata..
“dia slalu menyayangiku..kerna ALLAH..semoga ALLAH juga menyayangi nya".
Ada tiga hal yang kucintai di dunia ini..
matahari, bulan, dan kamu
bulan untuk malam.
matahari untuk siang.
dan kamu untuk selamanya..selama mana kau masih BERIMAN kpd ALLAH..(^_^)
al-ilmi indallah,alaina an nah ta'allamu , lii man faatina..
(ilmu ALLAH di kongsi bersama untuk MANFFAT bersama)
MUTIARA ILMU HIKMAH:
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya..
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya..
...
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu...(^_^)
Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ). ..
Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama...
Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ..
Tujuan agama ISLAM yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya.
Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama ISLAM yg benar..
Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh..
Sifat pemarah adalah musuh utama akal...
selawat dan istigfar (^_^)
MUTIARA KALAMULLAH WA HADIS:
Allah ‘azza wa jalla berfirman,
وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.”
Allah Ta’ala berfirman,
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
“Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik..
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
“Barangsiapa yang memberi petunjuk pada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang ia dakwahi.”
Semoga Allah memberi kami dan engkau taufik untuk menggapai ridho-Nya.
Hanya Allah yang memberi taufik. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya..
La takhuf wa la tahzan. Innallah ha ma'a ana"
(Jangan takut dan jangan bersedih. Sesungguh nya Allah bersama ku)
adab fauqol ilmi'-
Adab itu berada di atas ilmu..
Al-ilmi indallah,alaina an nah ta'allamu , lii man faatina..
(ilmu ALLAH di kongsi bersama untuk MANFFAT bersama)
♥ (^_^)selawat dan istigfar..CINTA ALLAH,CINTA RASUL ♥
Subscribe to:
Posts (Atom)