Tuesday, 16 August 2011

ORANG2 YG DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT

Oleh Nurkasih Iman pada pada 17hb Ogos 2011 pukul 1.25 pagi

1.Orang yg tidur dlm keadaan bersuci.
Iman ibnu Hibban meriwayatkan dr Abdullah bin Umar r.a,Rasullulah bersabda,"Barang siapa yg tidur dlm keadaan suci,maka malaikat akan bersamanya di dlm pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa "Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dlm keadaan suci".
(hadis disahihkan oleh Syeikh al-Albani dlm Sahih al-Taghib wa al-Tarhib 1/37)

2.Orang yg duduk menunggu solat.
Iman Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasullulah s.a.w bersabda, "Tidak salah seorg dari kalian yg duduk menunggu solat, selama ia berada dlm keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya" Ya Allah, ampunilah dia, Ya Allah, sayangilah dia".
(Sahih Muslim no 469)

3.Orang2 yg berada di saf bahagian depan di dlm solat.
Iman Abu Daud (dan Ibnu Khuzaimah) dr Barra bin Azib r.a, bahawa Rasullulah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kpd org2 yg berada pd saf2 terdepan".
(hadis d sahihkan oleh Syaikh al-Albani dlm Sahih sunan Abi Dawud 1/130)

4.Org2 yg menyambungkan saf (tidak membiarkan saf kosong).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu hibban dan Alhakim meriwayatkan dr Aishah r.a Rasullulah s.a.w. bersabda "" Para malaikat selalu berselawat kpd org2 yg menyambungkan saf2."
(hadis d sahihkan oleh Syaikh al-Albani dlm Sahih al-Taghrib wal al_Tarhib 1/272)

5.Para malaikat mengucapkan aamiin ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Imam Bukhairi meriwayatkan dr Abu Hurairah r.a, bahawa Rasullulah s.a.w bersabda, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdubi 'alaihim walad daaal linn" maka ucaplah kalian aamiin krn barang siapa mengucapkannya itu bertepatan dgn ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya di masa lalu".
(Sahih Bukhairi no 782)

6.Orang yg duduk d tempat solatnya setelah melakukan solat.
Imam Ahmad meriwayatkan dr Abu Hurairah, bahawa Rasullulah s.a.w bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kpd salah satu di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solatnya di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhuknya, (para malaikat) berkata,"Ya Allah, ampunilah dan sayangilah dia".
(al Musnad no 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

7.Orang yg melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah,
Imam Ahmad meriwayatkan dr Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Para malaikat berkumpul pd solat Subuh lalu para malaikat (yg menyertai hamba) pd malam hari (yg sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit), dan malaikat pd siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pd waktu solat Asar dan malaikat yg bertugas pd siang hari (hingga solat Asar) naik ke langit sedangkan malaikat yg bertugas pd malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kpd mereka, Bagaimana kalian meninggalkan hambaku? Mereka menjawab, Kami dtg sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pd hari kiamat".
(al-Musnad no 9140, hadis ini di sahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8.Org yg mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan org yg di doakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dr Ummud Darda' r.a, bahawasanya Rasullulah s.a.w bersabda, "Doa org muslim utk saudaranya yg di lakukan tanpa pengetahuan yg di doakan adalah doanya dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yg menjadi wakil baginya, setiap kali berdoa utk saudaranya dgn sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata aamiin dan engkaupun mendapat apa yg ianya dapatkan".
(Sahih Muslim no 2733)

9.Org2 yg berinfak.
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dr Abu Hurairah r.a, bahawa Rasullulah s.a.w bersabda, "Tidak satu haripun di mana paginya seorg hamba ada padanya kecuali 2 malaiat turun kepadanya, salah satu antara keduanya berkata, "Ya Allah, berikanlah ganti bg orang yg berinfak'. Dan lainya berkata,'Ya Allah, hancurkanlah harta org yg pelit'.
(sahih Bukhairi no 1442 dan sahih Muslim no 1010)

10.Orang yg makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam al-Tabrani meriwayatkan dr Abdullah bin Umar r.a, bahawa Rasullulah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kpd org2 yg makan sahur".
(hadis disahihkan oleh Syaikh al_Albanii dalam Sahih al_Tagrib wa al_Tarhib 1/59)

11. Orang yg menjenguk orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dr Ali bin Abi Talib r.a, bahawa Rasullullah s.a.w bersabda, "Tidakkah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutuskan 70,000 malaikat utknya yg berselawat kpdnya di waktu siang hingga waktu malam dan hingga waktu Subuh".
(al-Musnad no 745, Syaikh Ahmad Syakir memberi komen sanadnya sahih).

12.Seseorg yg mengajar kebaikan kpd orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dr Abu Umamah al_Bahily r.a, bahawa Rasullulah bersabda, "Keutamaan orang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaan seorang yg paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yg di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kpd org yg mengajarkan kebaikan kpd orang lain".
(disahihkan oleh Syaikh al_albani dlm kitab Sahih al_Tirmizi 11/343
 
ISLAM ITU INDAH

No comments:

Post a Comment