Friday 6 January 2012

WANITA SENANG MASUK SYURGA, TAPI RAMAI DI NERAKA.

~WanitA~..~aNtaRa SyurGa dAn NerAkA~



Seringkali kita dengar orang perempuan ni senang nak masuk syurga… Hanya perlu jaga solat, jaga puasa, jaga kehormatan diri, taat pada suami maka masuklah dia dari mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

“Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Subhanallah maha suci Allah yang memberi kemudahan kepada wanita…

Tetapi, kenapa ramai perempuan yang masuk neraka?

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang, Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika baginda melihat Neraka baginda bersabda kepada para sahabatnya:

“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan padadirimu.” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni
Neraka, baginda bersabda:

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Nau’zubillah… begitulah hadith megenai perkara yang menjerumuskan kaum wanita ke lembah Neraka bahkan mejadi majority penghuninya dan menyebabkan mereka menjadi golongan minority dari penghuni Syurga.

No comments:

Post a Comment