SECEBIS HARAPAN

Sekalung budi, setinggi penghargaan buat semua teman2 yg sudi melayari blog kerdil ini. Semoga ianya dpt memberi manafaat dan panduan utk kita semua di dalam meneruskan perjalanan hidup yg semakin berliku. Semakin hari, semakin banyak usia yg kita habiskan sedangkan usia yg masih tinggal mgkin hanya sedikit sahaja lagi. Ku berharap agar ada 'permata berharga' yg dapat kutinggalkan utk semua sebagai kenangan.


Sesungguhnya, terlalu banyak ujian2 berat yg didatangkan oleh Allah di dalam kehidupanku. Namun, ujian2 inilah yg banyak mengajarku erti keikhlasan dan menghargai setiap insan yg hadir di dalam hidupku. Kini, aku hanya mampu berserah kpd Allah. Biarpun ada tikanya amat perit utk ku terima, namun ku yakin kan diri sesungguhnya Allah telah mengatur yg terbaik utk diriku. Hanya aku yang tidak mampu menduga segala rahsia Allah yg tersirat di sebalik suratan takdir hidupku.


Demi Allah, betapa luruh hatiku bila doktor mengesahkan satu lg ketumbuhan telah mula bertapak di dlm perutku. Bermakna, satu lg pembedahan terpaksa ku tempuhi biarpun tanpa rela. Sesungguhnya aku amat takut utk menghadapi satu lg pembedahan di dlm hidupku. Pembedahan kali ke3 yg lalu benar2 membuat diriku merasa azab dan sengsara. Bertahun lamanya aku terpaksa menderita.

Penghujung tahun 2009, aku dimasukkan ke wad 2 hari sebelum pembedahan. 2 hari aku tidak dibenarkan makan walau sebutir nasi. Tidak dibenarkan minum walau seteguk air. Tiba hari pembedahan, bermula pd jam 7 pg aku telah mula bersiap sedia utk dimasukkan ke bilik pembedahan sementara. Suami tersayang telah berada di sisi menemaniku. Hatiku sedikit pun tidak gentar krn aku sudah biasa menghadapi saat dan suasana spt ini. Aku sebenar2nya sudah redha dan telah menyerahkan diriku kpd Ilahi sepenuhnya. Untung nasibku segalanya terserah pd DIA.

Aku dibawa ke bilik pembedahan. Di situ, beberapa org doktor dan jururawat telah menanti. Mereka memasang drip di tanganku. Aku disuruh duduk dan memeluk sebiji bantal utk memudahkan mereka 'bius' tulang belakangku. Demi Tuhan Pencipta Alam... betapa siksanya bila jarum2 halus yg panjang menusuk ke tulang belakangku. Terasa ada cairan yg dipancutkan ke dlm tubuhku. Bukan sekali tetapi berkali2 sehingga aku merasa ingin meronta2. Ingin rasanya ku menjerit "hentikanlah... hentikanlah kesakitan ini....." Betapa sakitnya bagai direntap nyawa dari jasadku.  Tp apalah dayaku melainkan redha utk segalanya. Ku pasrahkan diriku kpd Allah yg Maha Berkuasa.

Lbh kurang jam 8 pg, aku mula di bawa ke dlm bilik pembedahan yg sebenar. Beberapa org dgn mulut dan hidung yg tertutup menanti dan mengelilingi diriku. Ada di antara mereka yg tidak ku kenali sempat berpesan "Baca bismillah ye dik.. Mengucap ye dik.." Dgn nama Allah, aku berserah pd Mu. Dgn nama Allah, aku bersaksi bahawa tiada tuhan yg berhak di sembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Seketika, terasa sesuatu yg mengilukan masuk ke dlm saluran darahku. Mataku berpinar, mengantuk yg bersangatan dan akhirnya dunia ini terasa hilang dr pandangan.

Sayup2 terdengar bagai ada suara yg memanggil namaku. Dengan pandangan mata yg berpinar, beberapa org jururawat terasa sedang meletakkan aku di atas katil dan mereka menukar pakaianku. Seketika juga, aku ternampak kelibat insan2 yg kusayangi berada di sisiku. Suami ku dan anakku.... Dlm rasa yg masih mengantuk, sempat ku bertanya "Pkul berapa skrg" krn sayup2 di telinga ku terdengar bunyi azan. Ibu saudaraku yg berada di sebelah menjawab "Pkul 4 setengah"... berdetak jantungku terkejut. Aduh... lamanya aku tidak sedarkan diri.Tiba2 ku rasa badanku bergegar. Bergegar sehingga katil pun turut bergegar. Seketika cuma dan kemudian bergegar kembali utk beberapa waktu. Dlm  kehairanan, ibu saudaraku membalut tubuhku dgn selimut tebal. Terdengar dari mulut "demam ni sbb dah terdedah terlalu lama di dlm bilik bedah". Ibu saudaraku mengambil 2 helai lg selimut dan membalut lg tubuhku. Alhamdulillah, barulah aku merasa tenang.

Akhirnya aku lena kembali krn kesan bius ditubuhkan masih blm hilang sepenuhnya. 2 hari aku ditempatkan di bilik ACU dan mendapat perhatian sepenuhnya dari doktor dan jururawat yg bertugas. Syukur ku kpd Allah.. akhirnya ketumbuhan di dlm perutku sebesar buah tembikai berukuran 22cm x 25cm berjaya dikeluarkan oleh doktor2.

Tiba waktunya plaster yg menutupi luka di perutku dibuka. Sebaik shj dibuka, beberapa jahitan telah pun terbuka. Dr perbincangan doktor2 yg ada, mereka menyatakan jahitan itu terbuka kerana kesilapan doktor pakar yg tidak mematikan jahitan dgn sempurna. Lalu, aku diminta utk masuk ke bilik khas dan jahitan yg terbuka itu dijahit semula oleh seorang doktor. Beberapa kali, tusukan demi tusukan jarum halus menikam ke perutku dgn rasa nyilu. Ampunilah dosa2 ku Ya Allah....

Hampir seminggu lamanya aku berada di hospital. Oleh krn aku ditempatkan di wad 'First Class' aku mendapt layanan yg agak istimewa. Syukur alhamdulillah dan terima kasihku yg tidak terhingga kpd doktor2 dan jururawat yg bertugas.

Bahagia rasa hati yg tidak terhingga bila aku dpt pulang semula ke rumah sendiri. Mendapat layanan yg lbh istimewa dari insan2 kesayanganku. Biarpun aku masih tidak mampu bergerak, tp cukuplah bgku dpt menatap wajah mereka di sampingku.

Takdir Allah tidak mampu ku duga. 2 hari selepas pulang ke rumah, luka di perutku yg amat panjang bermula dr 2 inci di atas paras pusat hinggalah ke bawah seakan2 mula merekah. Umpama durian yg telah luruh 2-3 hari. Dari rekahan itu, keluarlah cecair pelbagai warna. Jernih, kuning dan merah. Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... suamiku membawa ku ke hospital sekali lg. Mereka mencuci luka yg mula merekah di perutku. Sengsara yg ku tanggung hanya Allah yg tahu. Setiap hari aku diminta dtg ke hospital utk 'dressing' sehingga aku merasa tidak tertanggung lagi menahan kesakitan.

Aku menyuruh suami ku membeli peralatan yg perlu. Aku tidak lg mahu ke hospital menghadapi kesakitan sewaktu mereka mencuci luka di perutku. Akhirnya, suami lah yg menjadi jururawat peribadiku. Seawal 7 pg dia telah mencuci luka di perutku. Pulang dari sekolah, walaupun dlm kepenatan dia tetap merawatku dgn penuh kelembutan dan kasih sayang. Syukurku kpd mu Ya Allah.....

Hampir 2 bulan aku terlantar tanpa perlu melakukan satu perkerjaan sekalipun. Dlm 2 bulan itu, aku tidak mampu menunduk kepala sujud kpdMU.. Biar pun solat, solatku tidak sempurna spt biasa. Segala pergerakan ku amat terbatas.

Biarpun telah pulih dan kering luka di perutku, namun kesan kesakitan masih terasa. Kesan kesakitan itu bkn shj ku rasai di perut malah di setiap inci urat sarafku terutama di kaki ku. Hampir setahun, aku menanggung kesakitan yg berpanjangan. Setiap kali senja menjelma, mataku berpinar. Melayang2 spt orang yg mabuk. Hati ku terasa sayu, pedih, pilu. Segalanya bercampur baur. Tidak mengira waktu, sesekali kepala ku bagai ditusuk besi yg tajam. Sakitnya Ya Allah... terlalu sakit sehingga tiada sebiji ubat pun yg mampu menghilangkan kesakitan yg kutanggung. Hingga aku x mampu utk membuka mata.

Akhirnya, aku dibawa oleh suami ku berjumpa seorang ustaz yg kami kenali mengamalkan rawatan as Syifak. Sesungguhnya segala yg berlaku adalah dgn izinMU Ya Allah. Ada rahsia yg x mampu ku rungkai. Rupa2nya segala kesakitan yg ku tanggung bertahun lamanya adalah krn perbuatan hasad dengki manusia. Mulanya aku kurang yakin sehinggalah aku bertemu beberapa org ustaz yg lain dan mereka tetap memberikan pandangan yg sama.

Setelah berubat di merata tempat, kesakitan ku semakin berkurang namun sesekali ia tetap datang. Aku masih tidak mampu bergerak cergas spt insan lain. Seluruh anggota badanku bagai dirantai oleh kesakitan yg masih menyelinap di seluruh urat nadiku. Namun aku masih mampu bersyukur kpd MU Ya Allah krn dikurniakan seorang suami yg amat penyabar yg menjadi penawar utk segala kesakitan yg ku tanggung.

Kata bidalan "Langit tidak sentiasa mendung, cuaca panas pasti mendatang. Ombak tidak kian menggulung, hilang badai lautan tenang"... akhirnya, dgn rahmat Allah dan dgn kehendakNYA jua, aku dipertemukan dgn seorang insan. Insan yg amat istimewa biarpun zahirnya dia hanyalah seorang insan biasa. Aku dibimbing dan diajar amalan2 ibadah tertentu sbg pertahanan dan kekuatan rohaniku. Hanya dlm waktu yg amat singkat, aku telah merasa manafaat yg amat luar biasa. Rantai kesakitan yg membelenggu segala urat sarafku bagai terlerai. Aku terasa amat bebas. Bebas dan bebas sepenuhnya. Syukur Ya Allah... Syukur Ya Allah.. Syukur Ya Allah... akhirnya hidupku kembali ceria dan terasa amat bermakna biarpun sekali lg diriku KAU uji. Biarpun satu lg ketumbuhan mula membesar di dlm perutku ini. Aku tetap bersyukur kpd MU Ya Allah.. Utk dia... dia yg telah membantu diriku.... terima kasih ku utkmu.... terima kasih yg tiada terhingga... terima kasih yg tidak cukup sekadar diungkap dgn kata2... Sesungguhnya, budimu ku kenang sepanjang hayat.....