Monday, 27 June 2011

TAUBAT MENSUCIKAN HATI (BAHAGIAN 1)

Kita sebagai manusia biasa tidak akan sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan di dlm hidup yg mengundang kita melakukan dosa. Tidak kiralah sama ada ianya dilakukan secara sengaja, tanpa sedar, tanpa dirancang dan sebagainya. Justeru itulah, kita dituntut supaya bertaubat.

Taubat adalah merupakan cahaya yg menerangi jalan hidup seorang muslim dan menghidarkan diri dr sifat putus asa dalam hidup. Menurut syariat, taubat ertinya meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua kemaksiatan yg telah dilakukan. Seterusnya, berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.

Taubat harus disegerakan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana sesungguhnya kita tidak akan tahu bila saat kematian itu akan datang. Mereka yang menjanjikan dirinya untuk bertaubat setelah hari tua adalah termasuk dlm golongan orang yg sesat kerana mereka bertaubat hanya kerana terpaksa.

Allah akan menerima taubat orang yang berbuat dosa kerana kejahilannya. Sebaliknya, orang-orang yang bertaubat ketika ajalnya akan sampai padahal dia tahu akan kebenaran dan kejahatan telah menjadi kebiasaannya, maka ia termasuk orang-orang yang rugi. Firman Allah di dlm surah An Nisa'

{17} إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِنْ قَرِيبٍ فَأُولَئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا 
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.  

 {18} وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا 
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, (sedang taubatnya itu sudah terlambat) dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 

No comments:

Post a Comment