Thursday 30 June 2011

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa.

Syaaban sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. ni bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud,
"Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan oleh Allah tubuhnya dari api neraka."
Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid."
 
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud, dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud, apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.

Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka.

No comments:

Post a Comment