Friday 15 July 2011

MENJAGA DAN MENINGGALKAN SOLAT

Tersebut di dalam hadith :
Siapa yang menjaga solat lima waktu maka Allah s.w.t. akan memuliakannya dengan lima perkara :
1)      Dihindarkan dari kesempitan hidup.
2)      Dihindarkan siksa  kubur.
3)      Diberi kitab amalnya dengan tangan kanannya.
4)      Berjalan atas Siratul Mustaqim pantas bagaikan kilat.
5)      Masuk syurga tanpa hisab.

Dan siapa yang meremehkan ( meninggalkan ) solat akan dihukum oleh Allah s.w.t. dengan lima belas siksa.  Lima di dunia dan tiga ketiga mati dan tiga di dalam kubur dan tiga ketika keluar dari kubur.
Adapun 5 hukuman di dunia :
1)      Dicabut berkat umurnya.
2)      Dihapus tanda orang soleh dari mukanya.
3)      Tiap amal yang dikerjakan tidak diberi pahala oleh Allah s.w.t.
4)      Doanya tidak dinaikkan ke langit.
5)      Tidak dapat bahagian dari doa orang-orang solihin.

Manakala 3 hukuman yang diterimanya ketika mati :
1)      Matinya hina.
2)      Mati dalam kelaparan.
3)      Mati haus dan andaikata diberi air samudera dunia pun, tidak akan puas dan tetap haus.

3 Hukuman yang diterimanya ketika dalam kubur :
1)      Disempitkan kuburnya sehingga hancur tulang-tulang rusuknya.
2)      Dinyalakan api dalam kubur, maka dia bergelimpangan dalam api siang dan malam.
3)      Didatangkan kepadanya ular yang bernama syuja’ yang buta matanya , berapi dan kukunya dari besi.  

Tiap kuku panjangnya sehari perjalanan.  Ia berkata kepada si mayat : ‘ Akulah syuja’ al’aqra’. Sedang suaranya bagaikan petir yang menyambar, ia berkata : ‘Allah menyuruh aku memukul kamu kerana meninggalkan solat subuh hingga terbit matahari dan memukul kamu kerana meninggalkan zohor hingga asar dan memukul kamu kerana meninggalkan solat asar hingga maghrib dan memukul kamu kerana meninggalkan solat maghrib hingga isyak’ dan memukul kamu kerana meninggalkan solat Isyak hingga subuh’
Maka dengan sekali pukulan, terbenamlah orang itu ke dalam tanah tujuh puluh hasta dan dia akan tersiksa di dalam kubur hingga hari qiamat.

Adapun 3 hukuman yang menimpanya sesudah keluar dari kubur di hari qiamat :
1)      Diberatkan hisabnya.
2)      Allah s.w.t. murka kepadanya.
3)      Masuk ke dalam neraka.

Dilain riwayat :  Maka dia akan menghadap hari qiamat dengan  mukanya ada tiga baris tulisan :
1)      Hai yang mengabaikan hak Allah.
2)      Hai yang mendapat murka.
3)      Allah mengabaikan kamu sebagaimana kamu mengabaikan Allah semasa kamu di dunia, maka hari ini kamu putus dari Rahmat Allah.

Diriwayatkan :  Bahawa dalam jahannam ada lembah bernama Lam -lam yang berisi ular-ular, tiap-tiap ular setebal leher unta, panjangnya sejauh perjalanan sebulan, menggigit orang yang meninggalkan solat, maka mendidih bisa racunnya di dalam badan orang yang digigit selama tujuh puluh tahun kemudian hancur dagingnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :
Siapa yang menjaga solatnya maka ia mendapat nur ( cahaya ) dan bukti dan selamat pada hari qiamat.  Dan siapa yang meninggalkan/ mengabaikan  solatnya , maka tidak mendapat nur penerangan dan bukti dan tidak selamat bahkan pada hari qiamat ia kan berkumpul dengan Qarun, firaun dan Ubay bin Khalaf.   ( H.R. Ahmad, Ibn Hibbban ).
   

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment