Friday 5 August 2011

KISAH SI EKSIM, SI BOTAK DAN SIBUTA

Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Bukahari dan Muslim dan Abu Hurairah, diceritakan sebuah kisah yang terjadi di zaman Banis Israil. Kisah itu mengenai tiga orang lelaki yang dicabut kembali oleh Allah nikmat yang telah diperolehi kerana mereka tidak menunjukkan perilaku bersyukur.

Ketiga-tiga lelaki tersebut mempunyai penyakit iaitu Si Eksim (berpenyakit kulit iaitu kulitnya berkudis), yang kedua Si Botak (langsung tidak mempunyai rambut) dan yang ketiga Si Buta (yang tidak mempunyai penglihatan). Mereka dikurniakan Allah nikmat yang mereka harapkan.

1. SI EKSIM
Kepadanya diutuskan oleh Allah seorang Malaikat menanyakan: "Apakah nikmat peribadi yang sangat engkau inginkan?" Si Eksim menjawab "supaya sembuh dari penyakit kulit yang saya deritai ini," jawabnya. Ketika itu juga Malaikat tersebut memohon doa kepada Allah dan dengan serta merta Si Eksim sembuh dari penyakit kulitnya. Kulitnya bersih seolah-olah tidak ada bekas kudis sebelumnya.

Kemudian malaikat tanya lagi kepadanya: "Apakah harta kekayaan yang sangat engkau inginkan?" Jawab Si Eksim "hendaknya saya mendapat rezeki seekor  unta betina yang akan saya gembala dan jadikan sumber kehidupan". Malaikat itu kembali memohon doa dan sebentar itu juga muncul seekor unta yang sedang bunting yang kemudiannya berkembang biak sehingga harus digembalakan di padang yang luas. Si Eksim menjadi seorang hartawan yang terkenal.

2. SI BOTAK
Setelah itu, Malaikat pergi pula menemui Si Botak dan bertanya: "Apakah sesuatu nikmat yang sangat engkau harapkan?". "Kepala saya yang botak ini hendaknya ditumbuhi oleh rambut yang hitam dan lebat" sahut Si Botak. Malaikat pun mendoakan dan di dalam tempoh yang amat singkat, kepala yang tadinya berkilat itu penuh ditumbuhi oleh rambut yang hitam dan lebat.

"Sekarang apakah pula kekayaan yang engkau inginkan?" tanya Malaikat itu. "Saya sudah merasa cukup sekiranya dikurniakan seekor lembu betina yang akan saya pelihara" sahut Si Botak. Seketika itu juga, lembu yang diharapkan itu muncul. Dari lembu yang seekor itu akhirnya menjadi ribuan lembu yang menyebabkan dia menjadi kaya raya.

3. SI BUTA
Kemudian Malaikat tadi datang pula menemui Si Buta dan bertanya "Apakah nikmat yang engkau inginkan?". Maka dijawab oleh Si Buta "Supaya kedua belah mata saya yang buta ini dapat melihat". Malaikat pun terus mendoakan  dan Si Buta pun dapat melihat. "Sekarang, kekayaan apakah yang sangat engkau harapkan" tanya Malaikat pada Si Buta. "Seekor kambing betina saja yang akan saya gembalakan" jawabnya. Maka kambing yang diharapkan oleh Si Buta (yang telah celik itu) pun muncul. Kambing yang digembalanya beranak pinak sehingga dia menjadi seorang hartawan yang masyhur.

...... akan bersambung.

No comments:

Post a Comment