Saturday 29 September 2012

~*~JANGAN MENDAHULUI FUQAHA DALAM MASALAH HUKUM~*~

Para fuqaha' yang terdiri dari imam-imam mazhab tidak pernah mendakwa bahawa pandangan mereka yang paling betul dan mesti diikuti. Sebaliknya menganjurkan supaya mengikut apa sahaja dalil yang boleh membawa kepada kebenaran al Quran dan Sunnah. Apabila membuat keputusan terhadap sesuatu hukum, mereka tidak ragu-ragu untuk mengatakan;
هذا أحوط. وهذا هو المختار وهذا أحب إلىَّ. ويقول : ما بلغنا إلا ذلك...
[ Ini lebih selamat…Inilah yang dipilih dan pandangan ini yang palingku sukai. Dan dia berkata; Tiada sampai kepada kami kecuali perkara itu ]

 Ibid.h:23. Perkataan'dia' di sini merujuk kepada salah seorang Ulama, Imam Syafie rahimahullah.ruj. Sheikh Abdullah al Ghaniman: الهوى وأثره فى الخلاف :http://www.freewebs.com/bismillah/kutubsaid1.htm

هذا رأيي وهو صواب يحتمل الخطأ فإن أصبت فمن الله وإن أخطأت فمني ومن الشيطان...
[Ini pendapatku kemungkinan benar barangkali salah, maka jika aku benar itu dari Allah dan jika aku salah daripadaku dan daripada syaitan]
Ibid.h:16

Mereka melakukan ijtihad terhadap sesuatu perkara mengikut kadar kemampuan mereka meneliti masalah tersebut berdasarkan al Quran dan al Hadith. Mereka akur jika berlaku kesilapan atau kealpaan terhadap ijtihad yang mereka lakukan. Oleh sebab itu, Imam Syafie mempunyai 2 bentuk aliran mazhab iaitu Mazhab Qadim ketika beliau berada di Iraq dan mazhab Jadid ketika berada di Mesir. Hal ini berlaku kerana apabila Imam Syafie sampai di Mesir, beliau melihat masalah-masalah baru yang belum pernah dilihatnya. Beliau mendengar hadith-hadith yang belum pemah didengarnya. Kerap kali para mujtahid membetulkan kembali pandangannya. Semua ini adalah sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya perselisihan.

Kata Imam Syafie radhiallahu anhu;
كل ما قلته فكان من رسول الله خلاف قولي مما صح  فهو أولى ولا تقلدونى...
[ Setiap apa yang aku ucapkan dan didapati ia menyalahi pendapatku dari apa yang sahih diriwayatkan daripada Rasulullah, maka (hadith Nabi salallahualaihi wasalam) itu lebih utama, jangan kamu mengikutiku ]

Az Zahabi: سير الأعلام النبلاء : 10/33,HARF

Setiap Ulama yang berijtihad mungkin keliru dan mungkin benar dalam ijtihadnya. Setiap orang berlari atau berjalan mungkin akan jatuh tersungkur atau mungkin akan tersandung batu pada kemudian harinya. Oleh kerana itu, umat Islam perlu memahami disiplin ketika berlaku perselisihan pendapat tanpa membawa kepada pertengkaran, pertikaian serta ta'asub buta. Perbezaan pendapat yang berlaku di kalangan Ulama Islam adalah disebabkan lahirnya ijtihad

No comments:

Post a Comment